Jumaat, 11 September 2009

MALAYSIA BANTU INDONESIA SAPU KEBAKARAN DI INDONESIA.

Saudara pembaca,
Kerajaan Malaysia Baik Hati, bantu Indonesia dan kerajaan Indonesia pun baik hati hapuskan kempen sapu Malaysia. Sebenarnya Malaysia dan Indonesia kena berkongsi sapu kejahatan;
Siapa yang jahat ? Pemimpin yang tidak amanah, tidak bertanggungjawab, yang rasuah .barulah rakyat merasa lega dalam perjuangan yang sebenarnya;
Lihatlah kenyataan bantu membantu ini; yang penting jalan biar ke depan, bukan ke balakang;-
KISAH BANTU MEMBANTU
FIKIR FIKIRKANLAH;

Malaysia hantar pesawat ke Indonesia bantu padam kebakaran

11/09/2009 8:42pm

SIBU 11 Sept — Malaysia bersedia untuk menghantar pada bila-bila masa pesawat penyembur air bagi membantu Indonesia memadam kebakaran dalam usaha menangani kejadian jerebu yang berlaku sehingga merentasi sempadan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata beliau telah menulis surat kepada rakan sejawatannya mengenai kesediaan pesawat Malaysia dihantar ke sana.
Memberitahu pemberita di sini hari ini, beliau berkata respon tersebut adalah hasil persetujuan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Peringkat Menteri Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam menangani jerebu merentasi sempadan tiga negara tersebut, di Singapura bulan lalu.
“Indonesia memberi pertunjuk pada mesyuarat tersebut bahawa ia mungkin memerlukan bantuan kita.
“Sekiranya ini berlaku, kita akan menyumbang dalam memastikan Hari Raya ini akan disambut terutama penduduk Sarawak dalam keadaan bebas dari jerebu.
Kita juga berdoa lebih banyak hujan turun di Kalimantan, katanya.
Uggah berkata hasil laporan satelit semalam, 700 tompok panas dikesan di Kalimantan berbanding kurang daripada 50 di Sarawak sebelum itu.
— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan