Sabtu, 25 Februari 2012

ADAKAH ZAMIL SEMAKIN TERDESAK !

Zaid didakwa bukan lagi Ketua Kita

25 Februari 2012
ZAID IBRAHIM
KOTA BHARU - Beberapa pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Zaid Ibrahim selaku ketua parti itu berkuat kuasa hari ini dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai penggantinya.
Jawatankuasa Disiplin telah memecat Zamil sebagai Pengerusi Kita Kedah awal bulan ini, tetapi tidak diterima oleh beliau.
Pengerusi Kita Kelantan, Abdullah Sani Musa berkata, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di sini, hari ini.
Kita telah pun menangguhkan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang sepatutnya diadakan hari ini sehingga April ini.
"Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti Kita iaitu Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi Kita Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.
"Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada satu sidang media selepas mesyuarat itu.
Pada 2 Februari lalu, Zaid dilaporkan membuat kenyataan mahu membubarkan parti itu serta mendakwa penubuhan Kita adalah satu kesilapan.
Sementara itu, Zamil berkata, parti berkenaan akan melakukan satu rombakan jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri dalam masa terdekat di samping memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kita akan bertanding di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang difikirkan sesuai untuk Kita bertanding," katanya.
Zamil berkata, beliau akan menghantar laporan kepada beberapa pihak, termasuk Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung apa yang berlaku dalam Kita sejak sebulan lalu.
Katanya, keahlian parti itu akan dikemas kini dan semua urusan parti itu kini beroperasi di Sungai Petani, Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan