Isnin, 27 Februari 2012

PENCEROBOHAN TERHADAP PARTI KITA, IMPAK BESAR !

Pengurusan Baru Parti KITA Hantar Laporan Kepada Ros Pada Rabu
GEORGE TOWN, 27 Feb (Bernama) -- Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim, yang mengisytiharkan dirinya presiden baru parti itu, akan menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Rabu ini bagi membuktikan parti itu kini diterajui kepimpinan baru dan bukan lagi oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya pengurusan baru parti Kita telah siapkan semua laporan termasuk minit Mesyuarat Agung Luar Biasa di Kelantan pada 25 Feb lepas untuk diserahkan kepada ROS.

"Pengurusan baru akan bermesyuarat buat kali pertama di Kuala Lumpur esok bagi merancang dan menjalankan aktiviti parti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi dari sini Isnin.

Beliau turut minta anggota parti supaya bertenang kerana pengurusan baru sedang mengatasi segala kelemahan parti sebelum ini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan