Ahad, 12 Februari 2012

KESABARAN ADALAH PUNCA KEJERNIHAN.

Pemimpin negeri Kita ambil sikap tunggu dan lihat
RUZY ADILA IDRIS
13 Februari 2012
SHAH ALAM - Kepimpinan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) peringkat negeri mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung pendirian Ketuanya, Datuk Zaid Ibrahim bahawa mana-mana ahli parti yang tidak setuju dengan pendirian beliau boleh memilih pemimpin baru tetapi ia mestilah mengikut saluran betul.

Pengerusi Kita Johor, Dr Mohd Zaid Mohd Yusof berkata, beliau hanya akan memberikan pendapatnya selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat 17 Februari ini, yang bakal diadakan di Kelantan.

"Saya ingin mendengar dan beri kesempatan kepada presiden untuk menjelaskan kepada kepimpinan negeri tentang isu yang melanda ketika ini.

"Selepas cukup maklumat, baru saya akan komen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online..

Turut bersatuju dengan kenyataan Mohd Zaid ialah Pengerusi Kita Selangor, Azmi Othman yang berkata, langkah ini diambil bagi mengelakkan mengeruhkan lagi suasana ketika ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai kontroversi pemecatan Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim sambil berkata, apa yang berlaku disebabkan semua ahli terlalu sayangkan parti.

"Apabila perasaan sayang pada parti terlalu menebal sehingga terjadi perkara ini dan saya sendiri berasa sedih kerana hal ini berlaku ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin hampir.

"Tetapi saya yakin keputusan presiden dibuat berdasarkan sebab tersendiri," katanya.

Sehubungan itu, Azmi turut berharap Zamil akan mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari kepada kepimpinan pusat berikutan pemecatan beliau.

Selasa lalu, Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Pengerusi Kita Kedah dan Pulau Pinang masing-masing, Zamil dan Tan Tee Beng dipecat atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan