Selasa, 28 Februari 2012

BERITA HARIAN DAN TV3 MENYIARKAN KENYATAAN ZAMIL IBRAHIM MEMETIK BELIAU SEBAGAI KETUA PARTI KITA DI DALAM MENAGGAPI ISU ABDUL KADIR ADALAH TIDAK BENAR.

Saya selaku pengerusi Parti kita negeri Johor dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat, dengan ini menegaskan sesungguhnya parti KITA tidak pernah melantik zamil Ibrahim sebagai jurucakap di dalam Isu Kadir Sheik Fadzir, saya dimaklumkan oleh setiausaha Parti KITA sdr masrum Dayet bahawa Zamil Ibrahim bukan lagi sebagai ahli Parti KITA, maka beliau telah menceroboh menggunakkan nama parti KITA di dalam menyentuh Isu tersebut yang disairkan oleh TV3 dan Berita Harian, saya selaku Pengerusi Parti KITA Negeri Johor menggesa Pihak Pentadbiran Pusat mengambil tindakan di dalam hal ini, dikhawatir pihak awam akan nantinya dikelirukan dari kenyataan zamil yang tidak selayaknya dan tidak berhak menggunakkan nama parti KITA.
Walauapa pun adalah keterlaluan Zamil memberikan pilihan kepada tokoh tersebut untuk menyokong kerajaan atau sebaliknya, disebabkan adalah menjadi hak tokoh tersebut untuk menentukan pilihanya berasaskan pandangan dan pengalaman beliau, saya yakin nampaknya barisan nasional tidak boleh dikritik lagi, jika sebuah parti tidak boleh dikritik ini bermakna demokrasi sudah terguggat, lebih lebih lagi BN adalah parti yang memerintah pada masa kini, dan rakyat mestilah melihat perbuatan ini sebagai suatu perbuatan immoral dari pihak yang sokong mengrongrong pendapat sendiri, inilah tingkahlaku yang sangat songsang didalam budaya berpolitik yang sedang dialami oleh negara dengan sikap taksub segolongan pihak dan megenepikan hak pihak lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan