Rabu, 22 Februari 2012

DERITA JALUR GEMBILANG.

Bendera negara adalah lambang kebanggan kita, panji panji ini berkibar kerana rasa hormat kita, sebab kita meletakkan negara ini sebagai sebuah negara wibawa. Kita tidak akan benarkan ia di jatuhkan,walaupun di kalangan kita sedarai ramai  bahawa pemimpin negara ini sedang memijak mijak bendera sendiri, malah mereka bukan saja memijaknya,ada yang sanggup mengoyakkannya dan membuangnya, tanpa mereka sedari.Pemimpin pemimpin itu jugalah yang kononnya memacakkan bendera negara ini dengan gagah dan perkasa berkibar ,dihormati,disanjung di dunia antara bangsa, lantas rakyat pun dengan membusungkan dada bangga negara kita di persada yang dianggap berjaya dan maju ke depan, tetapi hakikatnya sang jalur gembilang tidak boleh di tipu,ia sedang derita kerana pemimpin yang munafik itu sedang mengunikan wang negara hampir 20 tahun yang lepas kita telah dilesapkan dengan 750 Billion, dengan perbuatan rasuah, dengan tidak ada nilai rasa kasih sayang kepada negara,bangsa dan agama, tetapi semua itu dikaburi dengan perbuatan terbaik,malah kelingkinnya tetap berkait,hanya dengan memberi RM500.00 terhadap isi rumah di negara ini, maka di war warkan kerajaan sedang mengembalikan wang rakyat, padahal rakyat pelu di bayar oleh kerajaan sebanyak 149,500.00 untuk setiap isi RUMAH disebabkan lesapnya sejumlah 750 billion tersebut. Malah Sang jalur gembilang sedang sakit melihat telatah pemimpin yang sedang menjual negara ini dengan rasa tidak sedikit pun menghormati hak rakyat, mereka bertopengkan kepada Glc, dan sebanyak mana Glc itu sedang meredum, sejauh mana GLC di negeri negeri sedang sakit dan menunggu menggulung tikar, wang simpanan pekerja digunakan untuk kepentingan perniagaan negara, malah itulah wang simpana yng menjadi masa depan kepada penyimpan untuk hari tua, pekerja di sogokan dengan khabar halwa telinga,adanya pendapatan gaji minimun, tapi sehingga kini masih ada lagi pekerja yang tersengsara dengan kenaikan harga barang yang menjualang,malah lebih selesa mereka yang tinggal di penjara setiap hari menikmati daging daripada mereka yang berada di luar sana yang lansong tidak dapat mengecapi tulang sekalipun bertungkus lumus berkerja, inilah yang dinamakan mesera rakyat, malah lebih mengharukan kenaikan harga barang ditutupi dengan kedai 1 Malaysia yang kononnya harga lebih murah, tetapi kualitinya menguggat nyawa rakyat, 1 malaysia kedainya yang tidak merata,yang tidakdapat menampong pembekalannya kepada rakyat kecil yang sedang berjuang untuk hidup, kehidupan yang tersepit itu sangat dirasakan dari maruah sang jalur gembilang,kerana martabatnya sedang dirobek,dilukai dan ia sedang menderita kini, bangkitlah rakyat untuk menentang segala yang menchancorkan perjuangan di negra yang tercinta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan