Sabtu, 11 Februari 2012

JANGAN HINA BAHASA KITA.

Orang kita

DALAM pada itu, Awang terganggu dengan kenyataan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chen Jien yang menganggap Bahasa Malaysia tidak mempunyai nilai ekonomi global.
Beliau mendakwa ekonomi Malaysia lemah maka janganlah memberi penekanan kepada bahasa tersebut. Awang tidak nampak mana logiknya.
Pandangan sebegitu sebenarnya bertujuan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Bahasa Kebangsaan. Awang boleh baca agenda yang tersirat.
Chen Jien juga kurang senang dengan tumpuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan.
Awang cadangkan kepada beliau supaya meninjau kehidupan masyarakat Cina di dua negara jiran terdekat iaitu Indonesia dan Thailand. Etnik Cina tidak hilang kecinaan walaupun mendaulatkan bahasa Indonesia dan Thailand.
Dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun hinggalah kepada negara besar China, bahasa kebangsaan masing-masing tetap diagungkan walau apa etnik sekalipun yang menjadi warga negara. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Jika tidak faham juga, entahlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan