Sabtu, 18 Februari 2012

Sallehuddin Ayob lebih layak Jadi MB JOHOR dari Gahni Othman:

Selaku Pengerusi parti KITA Negeri Johor, saya mengalu alukan YB Sallehudin Ayob untuk kembali ke Johor dan bertanding pada Pru ke 13, di negeri Johor ini. Parti Kita sangat menyokong YB Sallehuddin Ayob, jika menang untuk diangkat sebagai menteri besar Johor, beliau sangat layak, dan adalah menjadi  hasrat seluruh anggotan,penyokong dan relawan KITA di Johor untuk memberikan sokongan kepada beliau, ini adalah ekoran dari rekod perkhidmatanya yang sangat baik, berbanding cakap cakap kosong dari Ghani Othman yang antara lain menyebutkan seperti berikut;

37 peratus ETP milik Johor
Wartawan Sinar Harian
18 Februari 2012
37 peratus ETP milik Johor
YONG PENG – Pelaksanaan Program Transformasi Eko­nomi (ETP) di Johor yang dijangkakan mengambil tempoh lapan tahun atau menjelang tahun 2020, bakal menjadikan negeri ini sebagai status negeri maju.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, rakyat perlu memberikan masa lima hingga lapan tahun lagi, di mana transformasi terbabit akan menjadikan Johor lebih unggul daripada Selangor dan Pulau Pinang.

“Ini berikutan 37 peratus projek pelaksanaan ETP yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan dilaksanakan dan berpusat di Johor. Ini bermakna lebih banyak pelaburan luar akan dibawa masuk ke negeri ini.

“Apa kurangnya kita daripada Singapura? Johor ada tanah yang luas dan kita bakal jadi kawasan ekonomi ulung dan maju, bukan saja di Malaysia, malah rantau ini dengan pelaksanaan pelbagai transformasi ekonomi khususnya di Iskandar Malaysia,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yong Peng, di sini, malam semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng, Lim Kee Moi dan Adun Semarang, Datuk Samsolbari Jamali.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, pembangkang terutama Pas kini mula melaungkan keyakinan mampu melebarkan pengaruh mereka ke Johor.

“Pas sudah mula berangan mahu melantik Menteri Besar daripada kalangan pemimpin parti itu di negeri ini, tetapi percayalah, Johor akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan sukar digugat.

“Saya amat yakin masyarakat Johor terutama kaum Cina rasional serta tidak rela ianya terjadi dan saya berharap jangan memperjudikan masa depan kita,” katanya.

Katanya, beliau ikhlas memajukan Johor serta masyarakatnya tanpa mengira kaum, latar belakang dan kawasan.

“Saya bukan jayakan Johor untuk diri saya, keluarga, kawan, saya jayakan Johor untuk rakyat. Jangan percaya dak­yah ditabur pembangkang yang mengatakan saya memajukan Johor untuk manfaat diri serta kawan saya.

“Saya ikhlas memajukan Johor untuk kemajuan rak­yat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan