Sabtu, 18 Februari 2012

TAN SRI MAHYUDDIN DANGKAL.


Suatu Permufakatan yang sangat murni, sangat telus dan bertanggugnjawab hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Parti KITA pada 17hb Feb 2012, di Kota Baru Kelantan. Mesyuarat Tertinggi parti KITA telah di hadiri oleh Presiden parti, dan seluruh Ahli Mesyurat Jawatankuasa Eksekutif (JEP) parti Kita, dan saya salah seorang dari JEP yang hadir dan merupakan pengerusi Parti KITA Negeri Johor. Isu yang hangat di bicarakan adalah cadangan Presiden parti untuk membubarkan Parti KITA ini. Saya telah menaggapi cadangan presiden tersebut dengan mengemukakan beberapa pandangan Negeri Johor secara external dan Internal. Berkat Pandangan dari seluruh JEP telah di pertimbangkan oleh Presiden Parti Dato Zaid Ibrahim, yang secara jujur memberikan reaksi nya yang logic dan prihatin. Persamaan pandangan telah dihasilkan dan ternyata ianya memberikan natijah yang baik dan berkesan dan dengan memenuhi beberapa aspek asprasi perjuangan Parti sebagaimana yang dikendaki oleh presiden telah melahirkan hasrat beliau menerima pandangan dari Jep untuk menolak pembubaran tersebut.Ini adalah suatu permulaan yang membuktikan Parti Kita belum sampai ajalnya sebagaimana yang di dakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin, bahawa parti ini menemui ajalnya, keceluparan Mahyuddin ini menunjukkan Parti seusia ini dapat mengjengkal pemikiran cetik Timbalan Perdana menteri itu, yang seolahnya sangat menghukum dan sangat sempit menagggapi bahawa keberadaan satu satu parti politik di tanah air adalah menyuburkan demokrasi, bukan menghukum dan menfitnah ketua parti Kita yang mengamalkan pendekatan dan pandangan yang demokratik, liberal dan moderat. Mahyuddin harus belajar dari kelakuannya yang sangat tidak bermoral didalam perhubungan parti politik yang menjunjung kehormatan berterasakan semangat rukunnegara dan perlembagaan Malaysia, peristiwa ini membuat saya kecewa dengan pendapat negetif TPM itu, dan ternyata belaiau bukanlah seorang TPM yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan