Khamis, 23 Februari 2012

TEKANAN YANG MELAMPAU

Dalam hidup ini ada tekanan, apabila ada konflik dan polimik, ada pertentangan untuk menegakkan pendapat masing masing atau untuk mempertahankan hak mereka dengan asas dan matalamat masing masing dan berdiri kepada ego dirinya.Jika mereka gagal mempertahankan haknya, maka ia mula agresif sehinggalah berlaku perbuatan yang kejam,zalim dan membuat keputusan yang salah dan tidak benar, akibatnya ia terperangkap dengan tindakan dan perbuatannya ekoran dari tekanan melampau yang dihadapi maupun melakukan tekanan itu.Mengapa mereka berhadapan hal seperti ini iaitu tekanan yang melampau, kerana tidak lain mereka gagal mengawal nafsu, dan nafsunya tunduk kepada harta, tunduk kepada jawatan, tunduk kepada ingin dihormati,tunduk dengan kebanggan diri dan jika mereka tidak peroleh kehendaknya, maka ia terpenjara dengan tekanan demi tekanan yang melampau dan semakin mendalam, penghujung dari itu ia akan tersesat jauh dan miskin dengan nilai insan yang insani dan nilai manusia yang manusiawi, bergitulah jika kita tidak menyedari mengenai tekanan yang melampau kepada diri sendiri atau kepada orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan