Hari ini ada pihak yang mohon jangqan berperang sesama sendiri dalam parti mereka. Suatu Nasehat yang baik,namun ketam berjalan siapa yang tahu,melainkan anaknya juga meniru gayanya.Seperti juga penyu menangis siapa juga yang tahu, kerana terlalu banyak perpatah menyebut menanam tebu dibibr mulut. Dulu orang lama pernah menyebut Biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, adat wajib di jaga, adat berkampong ,maka kampong di jaga,ada berbangsa perpaduan di utamakan, namun tak kurang juga masih berpegang biar mati anak,jangan mati adat.Tiba tiba ada pemimpin yang menyebut soal Melayu dan perpecahannya, siapa kata bangsa lain tidak seiring sesamanya, siapa pula yang berkata Melayu itu bersar maknanya, Osman awang pernah menyebut, jawa itu Melayu, Banjar pun Melayu, Mualaf bertakrif melayu, malah mamak dan malbari serab ke melayu, tiba tiba mereka nak satukan melayu,mereka terlupa mereka juga pemecah Melayu, sebab jiwa mereka bercelaru akhirnya ada melayu tak mengaku dirinya melayu, Wah gawat nih! Sebab laungannya juga berkata Melayu dah lupa, hari ini lagi lagi berbicara tentang Melayu yang kadang kala dia nampak benci dan kadang kala nampak simpati, ini warna warna dalam keris bersilang yang keloknya sudah tiada berlurus lagi,ibaratkan ditelunjukkan jari,dikelingkingnya berkait.Sedarlah perubahan tiada henti,bermohonlah mereka Jangan berperang sesama sendiri dan akhirnya yang semua yang menilai kami,sebab kehadiran kita sebenarnya untuk berbakti kepada pertiwi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan