Biarlah rakyat menentukan, yang penting jangan cakap besar ! itulah pendirian kita.Namun apa pula yang terjadi di bawah ini ?......Mentari belum terbenam, jangan coba membuat keputusan.!
Johor bukan kubu selamat buat Umno
Tarikh : November 27, 2011
JOHOR BAHRU – Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa Johor
sudah tidak selamat buat Umno kerana kubu kuat parti itu di kawasan
Felda telah berjaya ditembusi Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, kemasukan PKR ke kawasan Felda di Johor adalah ‘isyarat merah’ kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anak jati negeri itu.
Menurutnya, peneroka di Johor dan seluruh negara mula memberikan sokongan kepada PKR selepas tidak berpuas hati dengan beberapa isu yang berkaitan dengan Felda.
“Dulu kita tidak boleh masuk dalam kawasan Felda kerana menjadi kubu kuat Umno, tetapi kini kita sudah berjaya tembusi pintu besar Umno di Johor dan seluruh negara.
“Kejayaan ini sebagai isyarat merah kepada TPM bahawa Johor sudah tidak selamat kepada Umno kerana PKR sudah berjaya memecahkan kubu” katanya pada sidang media bersama Biro Masyarakat Felda di Kongres Nasional Tahunan Keadilan, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Masyarakat Felda, Suhaimi Saad mendakwa sebanyak 112,000 keluarga peneroka tertipu dengan konsep Felda yang menuntut hutang setiap peneroka RM90,000.
Menurutnya, setiap peneroka diberikan wang sara hidup bulanan sebanyak RM1,500 secara hutang sehingga tempoh lima tahun menunaikan hasil tanaman yang diusahakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan