PTPTN : MENANGGUNG
KERUGIAN DUA HALA.
Hasrat
Negara ini untuk memberikan kemudahan pendidikan kepada rakyat adalah sangat
terpuji,PTPTN adalah badan yang bertindak memberikan kemudahan pinjaman kepada
pelajar bagi melanjutkan pembelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi.
Objektif PTPTN adalah Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada
pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang
gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan. Ketepatan Vissi dan Missinya
tidak lain menjadi sebuah institusi kewangan yang sumberkan kewangan sendiri
bagi pembiayaan pendidikan sebagaimana sasaranya pada tahun 2025, disamping
mengurus kumpulan wang bagi tujuan pendidikan tinggi.Kini sejumlah 184,083
saman telah di keluarkan kepada peminjam dan bayaran balik dari si peminjam
yang di rekodkan adalah RM2.6 Billion.Jumlah tersebut adalah merujuk kepada
jumlah besar peminjam iaitu 715,000 dan mencecah 48.33 %.
Jumlah
yang sepatutnya di bayar balik oleh graduan lepasan pengajian Tinggi adalah
998,000 peminjam dengan kadar RM5.9 Billion. Pada tahun ini dari bulan Mei hingga
september 2011,PTPTN memperuntukkan
sejumlah 4 Billion kepada sejumlah 581,936 pelajar dan jumlah bantuan pinjaman
ini akan terus meningkat kepada 6 Billion menjelang 2012 dan 2013. Jika di
lihat jangka masa panjang pembiayaan pinjaman ini akan terus bertambah.
Pengurusan untuk mendapatkan kembali hutang dari graduan yang telah berhutang
ini merupakan salah satu masallah yang di hadapi oleh PTPTN, jika urusan
mengembalikan hutang tidak cekap Negara akan terbeban dengan kerugian yang
besar, ini terbukti apabila pihak PTPTN mengeluh masalah mengutip hutang di
sebabkan factor sukar menemukan alamat terkini dari si peminjam.Namun ini tidak
seharusnya menjadi alasan untuk menyelamatkan wang Negara.
Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung mengingatkan peminjam PTPTN yang belum
membuat bayaran supaya segera membayar hutang mereka dan di jangka menjelang
2020 keadaan akan menjadi lebih kritikal,
, PTPTN dijangka
mengalami defisit sebanyak RM48 bilion pada 2020 berikutan kegagalan sebahagian
besar peminjam menjelaskan hutang.Persoalan
ini adalah satu daripada kerugian sehala yang di maksudkan, manakala yang
sehala lagi adalah beban yang di tanggung oleh kerajaan untuk membantu pelajar
pelajar baru, disebabkan hutang yang gagal di pungut semula. Lantas persoalannya
apakah wajar PTPTN tidak melihat beban
hutang kepada pelajar sebagai suatu budaya baru kepada golongan muda di Negara
ini ? Apakah pihak kerajaan pernah merasakan kemelut baru golongan muda setelah
tamat pengajian, mereka tidak saja terbeban dengan soal hutang sewaktu belajar-
Hutang kepada PTPTN, malah mereka juga akan berdepan dengan hutang hutang yang
lain untuk menenpuh kehidupan baru. Kelahiran golongan muda yang belum tentu
memeroleh perkerjaan, akan terbeban dengan arus kehidupan perdana yang sangat
tinggi kos kehidupan kini, dari harga barang keperluan, makanan, perubatan,
kemudahan pengangkutan dan sebagainya yang pasti terus menyengat kehidupan
mereka. Maka wajarkan budaya berhutang ini
terus di pikulkan ke atas bahu mereka, sehingga akhirnya akan meletus
kebencian mereka dalam kehidupan bernegara yang terjebak di dalam arus
pendidikan dan non-pendidikan.
Tentunya
sejarah kelahiran PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional) telah ditubuhkan di bawah Akta
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 yang mula berkuatkuasa pada 1
Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November 1997. Sememangnya setiap
golongan muda menaruh harapan kearah nikmat pendidikan yang menjadi hak mereka
di dalam sebuah Negara merdeka,bukanlah akhirnya nikmat memperoleh pendidikan
itu berubah menjadi suatu beban yang terpaksa digalas,dan berakhir dengan
tekanan mental. Walaubagaimana pun bukanlah menjadi suatu kemestian terhadap
pinjaman ini, namun umumnya rakyat mengharapkan pinjaman tersebut demi
kelongsongan cita cita mengejar ilmu. Apa yang penting kini, bagaimana wang
pinjaman dapat dikembalikan secara tepat dan betul, di samping kemampuan
kerajaan mengubah dasar daripada pinjaman kepada pemberian Biasiswa akhirnya.
Kita seharusnya memaklumi Negara ini di isi oleh rakyat yang bijak akhirnya,
dan penyelesaian dapat dituntaskan,keperluan hidup yang pelbagai dan hak
menikmati kemakmoran itu mestilah menjadi sasaran oleh kerajaan kepada rakyat.
Jika kita lihat keperluan golongan muda lepasan ijazah yang baru mendapat
perkerjaan biasanya mereka memerlukan keperluan asas sebagai berikut :
Rumah,
kenderaan, makanan,perkhidmatan, penjagaan kesehatan, sikap prihatin kepada
keluarga dan berumah tangga, keperluan anak sekolah dan sebagainya, yang rata
rata memerlukan kos sara hidup yang tinggi, dan ianya perlu dilunasi dalam
kehidupan harian.
Beban apakah lagi yang di
tanggung oleh kerajaan dari pinjaman yang di berikan ? Tentunya pemberian
pinjaman ini juga menyangkut kepada persoalan ketidakcukupan pelajar di dalam
urusan pembelajaran mereka, atau ada juga yang melihat apakah pinjaman ini di
salahgunakan oleh pelajar dengan maksud dan tujuan yang lain ? Walau apa pun
persoalannya, yang jelas permasallahan baru akan muncul ! iaitu jika pinjaman
tersebut di tafsirkan oleh si peminjam sebagai suatu yang terpaksa sehingga ia
mesti melakukannya dengan tidak ada pilihan, maka kesannya pemberian pinjaman
oleh kerajaan itu akan menjadi “ seperti kacang lupakan kulit, atau hanya
mencurah air di daun keladi “,manakala harapan kerajaan adalah untuk
mendapatkan sokongan dari golongan muda akan menjadi pudar.
Pada hakikatnya yang penting adalah, kerajaan yang ada haruslah
meletakkan suatu sasaran iaitu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat dari
pendidikan rendah sehinggalah ke pengajian tinggi selaras dengan hasrat
meringankan beban rakyat yang harus di tanggung di dalam menempuh kehidupan
yang serba berkemelut.Rakyat kini sudah celik dan tahu terhadap bertapa kayanya
Negara ini, jika ia diurustadbir dengan baik, maka kekayaan yang diperoleh
dapat akhirnya melepaskan beban rakyat, malah kualiti pendidikan juga dapat di
banggakan. Apakah pada masa kini kesedaran kerajaan dan rakyat terhadap PTPTN
itu adalah bahagian dari perosalan semangat KEKITAAN DI DALAM MENGHARUNGAN
NEGARA MALAYSIA MERDEKA? Seharusnya semua pihak bertanggungjawab untuk membina
keuntungan kepada Negara, bukan menyebabkan kerugian kepada rakyat dan Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan