Parti Kesejahteraan Insan Tanah air memetik dari Akhbar sinar harian seperti di bawah ini mentafsirakan terlalu banyak kebarangkalian ,andaian dan persepsi yang sedang digongong oleh kaum politikus, namun upaya segala galanya adalah tertakluk kepada realiti dan kini deria rakyat semakin berkesan dan tidak boleh diremehkan, dan kehadiran Parti KITA juga sudah dapat merasakan nadi politik negeri Johor yang kian pelahan untuk parti yang memerintah, namun tidak menyangkal piskologi adalah salah satu permainan politik. Bagi Parti KITA yang penting apa pun rakyat inginkan perubahaan dan kami sedang berusaha berpacu memenuhi tuntutan kemajuan rakyat, lebih lebih lagi kepada mereka yang merasakan dirinya dan pertubuhannya dizalimi.Begitulah tafsiran kepada sentuhan artikel ini;-
Rampas Johor hanya perang psikologi
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 20, 2011
MUAR – “Itu hanya taktik perang psikologi pembangkang,” tegas Naib
Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim ketika mengulas kenyataan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Parti Keadilan Rakyat
(PKR) mahu merampas Johor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, perang psikologi itu dibuat kerana masih ada rakyat di atas
pagar dan keliru membuat keputusan sama ada mahu menyokong kerajaan
ataupun pembangkang.
“Ia juga adalah strategi dan mainan politik pembangkang sejak beberapa
tahun kebelakangan ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat seolah-olah
mereka boleh menguasai Johor.
“Tetapi saya percaya, mereka sebenarnya mengharapkan rakyat di atas
pagar untuk meningkatkan sokongan kepada pembangkang,” katanya selepas
merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai di Klinik Kesihatan Parit
Bakar di sini, semalam.
Beliau berkata, rakyat perlu percaya dan yakin dengan parti yang mereka sokong, walaupun ada kelemahan tidak dapat dielakkan.
Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, rakyat Johor usah termakan
janji manis pembangkang tanpa menilai permainan politik mereka.
“Lainlah jika negeri yang mereka urus tadbir itu sangat cemerlang
kejayaannya, berbanding negeri ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN),”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan