Selasa, 22 November 2011

PILIHANRAYA YANG PENTING PENGURUSAN YANG JUJUR

Apa pun cadangannya, kepada KITA sesungguhnya pilihanraya haruslah diurus secara jujur dan telus, sudah banyak hal yang kedengaran tentang pengurusan pilihanraya di negara ini, samada kekurangan dan kelebihan yang ada padanya, namun paling penting bukanlah sertak diadakan pru itu,yang paling utama adalah makenisme yang jujur dan bertanggungjawab, banyak hal yang masih tidak terjawab dalam isu menghadapi pengurusan pilihan raya oleh SPR, dan ini adalah bahagian dari menanggapi persoalan di bawah berita bernama tersebut.
SPR harap pilihan raya umum ke-13 diadakan serentak
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 22, 2011
Tan Sri Abdul Aziz Yusof
SUNGAI PETANI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen semua negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak diadakan serentak.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, beliau akan menemui para pemimpin politik parti pakatan Parti Keadilan Rakyat-DAP-Pas yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.
"Walaupun undang-undang membenarkan pilihan raya umum DUN dan Parlimen diadakan berasingan tetapi SPR lebih suka diadakan serentak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat untuk pengurus dan penolong pegawai pengurus bagi persiapan PRU-13 peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.
Beliau berkata, SPR bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 berlangsung tahun ini atau tahun depan.
Kerajaan Persekutuan mempunyai mandat sehingga 27 April 2013. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April lepas. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan