Pengerusi Parti KITA negeri Johor, Drs Mohd zaid Bin Mohd Yusof, di dalam pertemuannya dengan kelompok kecil Rangkaian sahabat di Parlimen Batu Pahat, telah menghuraikan kepentingan negara ini dan khususnya di Johor untuk terus membangkitkan semangat yang di sebut semangat Raja dan Rakyat. Katanya lagi di perjumpaan sahabat tadi pagi di Taman Banang Batu Pahat, adalah penting sistem Raja Berpelembagaan harus di hormati kerana ia adalah bahagian dari perjuangan yang harus di ambil kira terhadap ketenteraman negara, manakala intutusi raja adalah prihatin kepada rakyat, manakla rakyat pula mengharapkan limpah kasih daripada tuanku,justru itu adalah menjadi kesedaran rakyat untuk membentingi perjuangan kepada intutusi istana, asalkan perjuangan rakyat sentiasa dibela dan terbela.Maka itu perlulah banyak program antara rakyat dan raja di wujudkan untuk menjamin kesinambungan perjuangan yang bermartabat dan keamanana Malaysia seperti mana adanya.Negara kita adalah negara yang dilindungi oleh undang undang, setiap pihak dilindungi, justru itu kehormatan undang undang juga perlulah di pelihara, semoga rakyat terus mantap,berjaya dan disegani dan jangan bebankan rakyat di dalam menghadapi kendala ekonomi yang semakin meruit pada pada masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan