Selasa, 8 November 2011

30 CALON PARTI KITA AKAN BERTANDING DI JOHOR ?

Pada perjumpaan Pengerusi Parti KITA di Johor, dengan NGOs Negeri Johor, Ketuanya Drs. Mohd Zaid Bin Mohd Yusof telah menjelaskan kemungkinan Parti KITA Negeri Johor akan bertanding sejumlah 30 kerusi, di mana 10 daripadanya adalah kerusi parlimen dan 20 adalah kerusi DUN, namun beliau tidak menyebut nama dan tempat calon calon daripada Parti KITA itu, di letakkan, yang jelas katanya Parti KITA di negeri Johor telah pun bermesyuarat menerusi Biro Politik Negeri dan akan menyerahkan nama nama calonnya itu secepat mungkin kepada Dato Zaid Ibrahim selaku Ketua Parti KITA.Bila di tanya bilakah senarai nama tesebut di istiharkan, beliau menjawab biarlah Ketua Parti mengumumkannya, namun di negeri Johor kami telah siapkan senarai tersebut, dan gerakkerja menghadapi PRU ke 13 sudah bersedia, manakala semua calon calon telah diberitahu nama mereka telah pun di bawa ke pengetahuan Ketua parti bagi tujuan diputuskan oleh Biro Politik Pusat, zaid menambah lagi, apa pun yang penting kesemua calon tersebut sedang berkerja untuk menjelaskan kepada rakyat terhadap Parti KITA sebagai sebuah parti dominan, dan akan memecah tradisi  di dalam Johor.
Namun calon calon kita jangan lengah berkerja, banyakkan usaha dan bertindak dengan pantas,kecekapan dan kepantasan lebih penting dari trangfomasi retorik,katannya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan