Sabtu, 26 November 2011

KITA MENCADANGKAN : KEPIMPINAN YANG BERTANGGUNGJAWAB,JUJUR DAN BERPRINSIP

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air mendapati punca yang menyebabkan keuzuran Negara dari segi Politik boleh dikatakan berpunca daripada kegagalan kepimpinan politik, Negarawan dan kakitangan perkhidmatan awam kita telah sekian lama diambil alih oleh orang polkitik dan penjawat yang berkepentingan. Parti KITA percaya bahawa malaysia layak mendapat  yang lebih baik. Kita perlukan pemimpin pemimpin politik yang hidup dan mentadbir mengikut standard dan nilai etika yang boleh diterima. Mereka mestilah bertanggungjawab, jujur dan berprinsip. Mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas setiap tindakan mereka. Mereka harus berusaha keras pada setiap masa dengan mengamalkan integeriti sebagai penjawat Jawatan.Menyedari akan hakikat ini Parti kita mencadangkan perkara perkara berikut:

1. Pemimpin pemimpin yang tidak dapat memenuhi standard nilai yang asas mestilah dipertanggungjawabkan terhadap tindakan mereka. (Pemimpin yang di dapati bersalah melakukan perbuatan yang salah mestilah meletak dan /atau melepaskan jawatan.)
2.Pemegang Jawatan awam nerkewajiban mengistiharkan apa apa kepentingan persendirian berkaitan dengan tugas tugas awam mereka. Percangganhan kepentingan mestilah dielakkan walauapa pun natijahnya.Mereka bertanggunjawab atas apa jua keputusan dan tindakan mereka kepada orang awam dan mesti akur dengan apa jua penelitian yang sesuai dengan jawatan mereka(Contohnya pemegang jawatan awam yang hidup di luar kemampuan,mereka akan dikenakan siasatan oleh pihak yang berkuasa seperti sprm).
3. Akta Rahsia rasmi (OSA) perlu disemak semula supaya skopnya benar benar terbatas kepada rahsia rahsia negara.Ia tidak boleh digunakan untuk melindungi salah laku atau rahsia penjawat awam atau pemimpin pemimpin politik.Kerajaan mesti mematuhi standard kebertanggunajawaban sepertimana halnya pemerintahan negara lain yang demokratik, dimana ketelusan dan segala urusannya satu norma.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan