mem·prok·la·ma·si·kan v mempermaklumkan dng
resmi kpd khalayak:
Dewan Rakyat lulus usul pemansuhan tiga Proklamasi
Darurat
BERNAMA - Thursday, November 24,
2011
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Persidangan
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang
diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.
Usul itu diluluskan pada 4 petang
apabila bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz menyaksikan lebih suara menyokong.
Pada sesi persidangan pagi tadi,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang usul supaya tiga
proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan
selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud.
Ketika membahas usul itu,
anggota-anggota Dewan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
rata-ratanya menyokong pemansuhan proklamasi itu.
Mengulas mengenai pemberitaan ini ,Pengerusi Parti KITA Negeri Johor menyifatkan ia adalah suatu perubahaan yang tidak perlu syak lagi, namun dalam masa yang sama kita mestilah melihat, apa pula tuntutan hadapan yang bakal di peroleh dari kerajaan apabila mereka yang pernah menghadapi tekanan di bawah akta tersebut meletakkan sesuatu yang mereka fikirkan sebagai imbalan dari suatu akta yang mengsengsarakan mereka, dan apakah selepas ini ia nya juga dapat menjadi permansuhan dari kesinambungan peristiwa di dalam menegakkan hak asasi mereka ,sebagaimana mereka juga di lindungi oleh undang undang, inilah impak yang merangsang di dalam penjanaan penyejarahaan di dalam peristiwa tersebut di dalam konteks yang berbeza beza, mampukah selepas ini ada benting ke arah tersebut,ujaqr zaid, itu pun jika ada yang mengangkat sebagai sesuatu tuntutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan