Khamis, 17 November 2011

GURU PAKSA BAPA BAYAR DUIT PIBG.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air menerima maklum balas dari seorang Bapa di kawasan Parlimen Batu Pahat yang enggan namanya di sebutkan,tetapi menjelaskan bahawa dia di Paksa oleh guru dari salah sebuah sekolah di Parlimen ini, supaya membayar duit PIBG, ketika ia mewakili anaknya untuk mengambil wang RM100.00 di sekolah tersebut. Suatu pertengkaran dengan guru tersebut terjadi, di mana Bapa pelajar tesebut berkali kali mengatakan kepada guru tersebut, saya tidak ada duit,lihatlah beg duit saya kosong dan saya miskin, katanya berkali kali, namun guru tersebut mendesak juga, tidak sabar dengan desakan itu beliau telah menghentak meja dari keluar dari sekolah tersebut dengan rasa hanpa dan kecewa, kesimpulannya kata bapa tersebut, saya tak faham kenapa mereka tidak simpati dengan apa yang di alami oleh saya, dan pengumuman menteri pelajaran pun katanya sudah tidak bermakna lagi. ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan