KITA tidak akan sertai BN - Zaid Ibrahim
02/10/2011 1:15pm
KOTA BAHARU 2 Okt. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.
Presidennya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, KITA boleh bekerjasama dengan sebarang parti, asalkan untuk rakyat.
"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.
"Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kediamannya, di sini malam tadi.
Mohd Zaid berkata, KITA juga sudah bersedia menyertai pilihan raya umum walaupun belum menyiapkan senarai calon yang akan bertanding.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan