Apa pula janji kepada orang melayu oleh PM semakin dekat pilihanraya, setelah banyak tolakansur melayu,disaat akhir jengukan kepada melayu rupanya penting pada BN, namun.............?
30 syarikat Teras bumiputera dipilih
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengumumkan pemilihan 30 syarikat bumiputera sebagai Syarikat
Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS).
Beliau berkata, kumpulan pertama syarikat TeraS itu mempunyai 3,350
pekerja dan berjaya menjana perolehan sebanyak RM900 juta pada tahun
lalu.
Menurutnya, bagi meningkatkan jumlah itu, Unit Peneraju Agenda
Bumiputera (Teraju) telah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 100
syarikat TeraS akan dipilih dalam tempoh tiga bulan ini.
''Istimewanya program ini, syarikat TeraS akan mendapat akses kepada
peluang perniagaan baru, pembiayaan, guna tenaga berbakat dan
perkhidmatan nasihat perniagaan.
''Ini termasuk perolehan kerajaan di mana Kementerian Kewangan dan
kementerian lain akan mengenal pasti peluang yang khusus daripada projek
tersedia. Syarikat TeraS juga akan diberi keutamaan untuk membuat
bidaan dengan syarat mereka mengemukakan bidaan berdaya saing,''
katanya.
Beliau berucap melancarkan program Hala Tuju Transformasi Ekonomi
Bumiputera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Antara 30 syarikat TeraS yang terpilih adalah Asturi Metal Builders
(M) Sdn. Bhd; Gagasan Carriers Sdn. Bhd.; WSA Capital Corporation Sdn.
Bhd; Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. dan Sipro Plastic Industries Sdn.
Bhd.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai hasrat
Teraju membantu 1,100 syarikat bumiputera mengembangkan perniagaan bukan
sahaja di peringkat domestik malah, di peringkat serantau.
''Di sini saya juga ingin menggalakkan penyertaan syarikat bumiputera
dalam sektor pertumbuhan baru antaranya bidang kesejahteraan kesihatan,
teknologi hijau, sektor kreatif dan media.
''Selain itu, mereka digalakkan terlibat dalam bidang minyak dan gas,
industri pembinaan, industri halal, kewangan Islam, pelancongan dan
hospitaliti serta tenaga. Sektor-sektor ini boleh mendatangkan peluang
besar dan pulangan lumayan,'' katanya.
Sementara itu, Najib berkata, pemberian insentif berbentuk ekuiti
melibatkan individu bumiputera yang berkebolehan dan berkepakaran juga
perlu dilaksanakan.
''Saya yakin melalui langkah ini ia akan memastikan syarikat tersebut
terus diterajui dengan baik seterusnya menyumbang kepada peningkatan
pemilikan ekuiti secara langsung.
''Salah satu contoh kerjasama ke arah itu ialah termeterainya
perjanjian antara Teraju, Mara dan Johor Corporation (JCorp). Perjanjian
ini merupakan usaha mempertingkatkan pemilikan ekuiti dan membangunkan
usahawan korporat bumiputera,'' katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan