Khamis, 10 November 2011
BUKIT DI GONDOL LAGI DI PARLIMEN BATU PAHAT.
Batu Pahat, Parti KITA, Kesejahteraan Insan Tanah Air, menerima laporan dari orang awam di Batu Pahat, Khususnya mengenai Alam sekitar yang tercemar, kali ini kami di laporkan mengenai pengondolan bukit di Jalan Tanjung Laboh Batu Pahat, iaitu bersebelahan dengan sekolah Cina Jalan Tanjong Laboh. Tanah tersebut adalah tanah Agensi Kerajaan yang telah di gondolkan secara berpingkat, dan sangat menganggu alam sekitar, Malah apa yang membimbangkan dkawasan tersebut akan mengalami tanah runtuh jika tidak diawasi dengan baik. Parti KITA akan meminta pihak alam sekitar untuk menunjukkan samada kawasan tersebut memiliki kelulusan atau sebaliknya. Ternyata banyak penyamun alam sekitar yang sanggup merosakkan ekologi alam sekitar,sangatlah memalukan, ujar penduduk setempat Encik Bahrin Ibrahim.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan