Rabu, 23 November 2011

MENZAHIRKAN APA YANG TERSIRA MENJADI TERSURAT

Begitulah rupa bentuk jika perpecahan melanda didalam mentadbir urusan parti dan negara, tiada siapa yang kuat sebenarnya,yang penting adalah membina Malaysia yang kuat dan dihormati, dengan mengenepikan salah urus tadbir negara dan negeri,membenteras pemimpin penyeleweng dan mempastikan malaysia selamat dan harmoni. Bukan bersatu ketika tersepit, tetapi perlu mengintrospeksi diri dalam masa tangan menghulur untuk bersatu, ada juga pemimpin dalamanya yang masih menghina parti yang hendak di ajak bersatu, apa gunannya perkataan bersatu tapi berbuatannya jauh dari tidak ingin bersatu, inilah tabiaat yang tidak iklas di lihat oleh rakyat, lebih jelas Muhyiddin cakap indahnya bersatu dengan PAS, manakala Zahid Hamidi melanyak parti tersebut, inikah makna bersatu, rakyat jugalah yang menilainya.
Lebih indah jika UMNO dan Pas jadi satu pasukan : Muhyiddin
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 23, 2011
KOTA BHARU - Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika Pas dan UMNO boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.

Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan