Khamis, 17 November 2011

BANGUNAN MENARA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT: APA DAH JADI-GAJAH PUTIH.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mendapat maklom dari penduduk Batu Pahat, bahawa Majlis perbandaran Batu Pahat, telah membelanjakan jutaan ringgit bersama konsep JV dengan sebuah syarikat swasta untuk mendirikan menara majlis tersebut.Mercu bangunan tinggi Majlis itu sehingga kini tidak diketahui oleh rakyat akan status JV itu, malah rakyat sebagai pembayar cukai merasa semacam pembaziran telah belaku, disebabkan menara milik majlis itu umpama gajah putih dan tidak terurus dengan baik, di bawah bangunan tersebut terdapat hentian Bas dan Teksi, yang sangat daif, malah bangunan setinggi belasan tingkat itu di dapati di sebelah atasnya banyak yang kosong sejak ia didirikan yang berusia belasan tahun. Kini rakyat menjadi bimbang didapati kawasan tersebut tempat tumpuan kepada aktiviti maksiat dan juga peragut, rakyat atau penduduk di Batu Pahat ingin memperoleh keterangan dari majlis, apakah langkah pembaziran itu berterusan, atau disegerakan untuk kepentingan dan keperluan rakyat, sementara itu baru baru ini penyewa kereta sewa mengadakan bantahan mereka kepada Menteri Besar, kerana janji untuk menaik taraf di kawasan tersebut hanya meruapkan janji kosong, sejak 3 tahun yang lepas MB Johor berjanji, malangnnya sehingga kini tidak menjenguk kawasan ini lagi, mereka berkata biarlah nanti rakyat menentukan perhitungan ini, kata salah seorang pemandu kereta sewa di kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan