Khamis, 24 November 2011

PASAR PUN SUDAH LAPUK

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) negeri Johor, menerima maklum dari orang ramai di Batu Pahat, yang merasa kecewa dengan pengurusan Pasar Awam Batu Pahat yang sudah berpuluh tahun lamanya tidak di naik taraf, malah suasana pasar besar Batu Pahat yang ada pada hari ini sudah dianggap lapuk dan tidak berdaya maju, beberapa pasar lain yang turut di laporkan adalah seperti Pasar melayu Batu Pahat, yang di dapati tiada ada inisiatif langsong dari pihak berkuasa untuk memajukkannya, manakala pasar pasar kecil juga dianggap sepi dari nilai pembangunan yang berteraskan bentuk pasar yang sewajarnya, justru itu pembangunan awam di batu Pahat masih di anggap sepi dan tidak diusahakan secara bersungguh sungguh.Adalah amat mengecewakan mereka lagi bahawa pasar yang ada ini sistem salirannya adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesehatan, pencemaran bau busuk, dan pembuangan sampah di sekitar pasar tersebut adalah dianggap kentara, ujar zahira penduduk Batu Pahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan