Khamis, 10 November 2011

BAHAYA PENCAWANG TERDEDAH DI TEMPAT AWAM

Batu Pahat, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Johor, telah menerima laporan dari orang awam, mengenai laluan pencawang yang terdedah dan dikhwatir memberikan impak kesihatan kepada orang ramai, Lalauan kabel terbuka itu berada di pasaraya ternama di jalan Tan Swee Hoe, berdekatan dengan perumahaan awam, Hispital swasta dan juga sekolah. Menurut seorang penduduk yang ditemui dikawasan tersebut iaitu Encik Syed Ahmad beliau merasa dukacita dengan apa yang berlaku, adalah tidak wajar katanya kelulusan diberikan kepada pasaraya ternama tersebut, atau mana mana perumahan yang berdekatan ditakuti ada unsur radioaktif. Walaupun begitu katanya nasi dan menjadi bubur, bangunan sudah didirikan, perumahan dan rumah kedai tersergam indah, malangnnya mereka sedikitpun tidak memikirkan kepada kesan kesihatan, apa yang penting mengenai kesehatan harus dihebahkan kepada rakyat, kerana alam sekitar yang elok akan melahirkan masyarakat yang elok,katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan