Rabu, 23 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH: FADHILAT PERJUANGAN

Asalamualikum Wbkt; seperti mana yang kita ketahui apa pun yang merangsang di dalam perjuangan ummah haruslah berasaskan kepada iman. Di dalam Al Quran menyebutkan perkataan yang jelas kepada orang orang yang beriman, seperti "Wahai orang orang Yang beriman".Maka itulah saya dahulukan didalam prakata sempena maal hijrah ini dengan menghantarkan seruan kepada orang orang beriman, di mana sesungguhnya kebanyakan daripada kita sudah kabur terhadap tugas ukwah yang disandang sebagai suatu amanah kepada diri kita,maupun kepada keluarga kita, apatlah lagi kepada masyarakat dan negara kita..Marilah juga kita membaca Al Fatihah untuk di hadiahkan kepada junjungan nabi besar Muhammad s.a.w. dan ahli keluargannya, Al fatihah ini juga dihantar untuk kaum muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, dan adalah kewajiban kita mengenang sumbang sih kedua ibubapa kita untuk sekaligus menhantarkan bacaan fatihah kepada mereka, dan akhir sekali fatihah ini juga di ajukan untuk diri dan ahli keluarga kita, semoga Allah s.w.t. memberikan keberkatan kepada kita dengan kuatnya keislaman dan jitunnya perjuangan kita untuk menjadikan ummah dan negara ini bebas dari kejahilan.AL FATIHAH.


1. Saudara saudari yang di muliakan, Kita pada hari ini, dan di negara ini dihidangkan dengan kematangan politik yang sangat rasional, jika mahu kita mewarnakan ianya sebagai sesuatu yang positif, sebaliknya jika kita mahu  menjuruskkan kepada sesuatu yang bersifat negetif, maka ia pun menjadi negetif, maka itulah rakyat di negara ini mestilah mendepani pergerakan yang positif, yang bleh memberi kesejhateraan kepada diri sendiri dan orang lain. Kita mestilah sedar bahawa kesadaran positif lahir atas sifat kasih sayang, Kita yang tentunnya menyanyangi diri kita sendiri, mestilah turut menyayangi keluarga, masyarakat dan negara kita.
2. Menyayangi negara bermakna kita meletakkan tanggungjawab kita kepada negara, melihat keharmonian negara dapat di rasakan oleh seluruh rakyat jelata dan tidak dihidangkan kepada persolan yang boleh merosakkan nama negara, saya sangat percaya sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita tentu ingin melihat ekonomi negara ini dapat membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan, kemiskinan sifar sering menjadi selogan kepada pemimpin, namun apakah kita masih tidak sedar di luar sana masih ramai lagi rakyat yang sedang menjerit kesusahan, menjerit kesangsaraan atas usaha yang mereka laksanakan untuk mencari sesuap nasi, dengan melahirkan suasana seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

3.Harga barang yang melonjak sudah diketahui umum, upaya mengatasinya juga dilaksana secara berperingkat, namun dalam masa yang sama masih ada lagi golongan yang tidak berhati perut untuk melihat perut rakyat terikat dengan adakalanya mereka menikmati makanan sehari saja, walaupun agak janggal kita katakan demikian,maupn agak terpencil untuk kita melihatnya, yang jelas kewaspadaan mereka menghadapi kendala itu adalah berterusan.Pengguna sering merungut, peniaga juga merungut, kerajaan juga merungut, pembangkan juga sangat sangat merungut. Dengan merungut tidak membawa kesan apa apa, melainkan suara retorik itu bersifat sementara, sedangkan rakyat hari ini mestilah ditingkatkan dengan kemahiran di dalam menghadapi krisis makanan dunia yang melanda secara sejagat.

4. Jika kita ingin meneropong masallah rakyat, memanglah terlalu banyak, jika kita bangkit untuk menyelesaikannya segara segera dan bertanggungjawab,tentunya sudah banyak juga masallah rakyat dapat diselesaikan, kita sudah melalui kemerdekaan lebih dari setengah abad, nilai kemerdekaan ini bukanlah sesuatu yang sempit, melainkan ia bergerak pantas kehadapan seterusnya menampakkan beberapa perubahaan, samada menjadi lebih baik atau tidak baik, kita lah yang mengawalnya, pegawai dan petabir, penjawat awam diberikan amanah namun pemimpin politik pula hendaklah melangsongkan wibawaannya sehingga rakyat tidak melupuskan kepercayaan kepada mereka.
5. Maka itu sebagai suatu kesadaran yang ringkas untuk semua pihak, marilah kita hijrahkan perbuatan dan tindakan positif untuk semua pihak dan negara,semoga negara tidak dilanda dengan kesuraman bodoh yang boleh mengakibatkan rugi kepada semua pihak,Semoga juga Allah memberkati kita, semoga perjuangan Parti kesejahteraan Insan Tanah Air, (KITA) akan membawa gelombang positif bersama rakyat, dan insyallah kita semuannya akan berjaya selaras dengan keperluan dan tuntutan rakyat, Berdirilah kita di atas suatu iltizam untuk menggenggam Perjuangan Kita, yang sangat sederhana ini. Amin YYa rabbal alamin.
Selamat Menyambut Maal Hijrah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan