Rabu, 16 November 2011

TIRAI ILMU


 TIRAI ILMU
Sengaja saya namakan Judul TULISAN ini tirai ilmu, yang maksudnya saya petik dari kandungan Al quran. Biarlah saya mulakan dengan puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan limpah,rahmat dan kurnia darinya dapat saya memulakan kajian tirai ilmu ini.
Pada surah Al Baqarah, Juz 1 ayat ke 2 bermaksud : Kitab Al Quran ini, tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.
Al Quran adalah panduan kepada mereka yang beriman. Bagi orang yang beriman mereka perlu mendalami isi Al Quran dengan penuh halus dan perhatin, di dalam kitab ini tiada sebarang keraguan. Apa yang hendak di huraikan berdasarkan kepada Surah Al Baqarah,Juz 1;ayat 2 ini adalah seperti berikut:
1.    MAKNA AL QURAN
2.    PERKATAAN KITAB INI(AL QURAN)
3.    MAKNA PERKATAAN TIADA KERAGUAN, PADA NYA,PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERTAQWA.
Perkataan Al Quran,juga  di sebutkan pada Juz 4:82, 5:16. 7;204, 9:111,
10:15, 10:37. 11:13, 11:14, 12;3, 15;87, 15;91,16:98, 17;9, 17;41, 17;45,17;46,
17;60,17;82, 17;88, 17;89, 18;54, 20;2, 20;114, 25;4, 25;6, 25;30, 25;32, 27;1, 27;6, 27;76, 27;92, 28;85, 30;58,
Al Quran dalam bahasa Melayu “Bacaan “ [1].Mengandungi 6,666 ayat dan di turunkan secara berpringkat pringkat yang di perintahkan Allah s.w.t. kepada mailikat Jibril untuk di sampaikan Nabi Muhammad s.a.w. selama 22 tahun,2 bulan dan 22 hari. Ayat pertama yang di turunkan adalah surah al-Alaq: 1-5. Maksudnyanya Bacalah oleh mu( Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menjadikan (alam). Dia yang menjadikan manusia dari segumpal darah yang beku.Bacalah! Tuhan engkau sangat pemurah, yang mengajarkan manusia dengan kalam.Dia mengajarkan manusia perkara – perkara yang tidak diketahuinya.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. beribadah di Gua Hira, ayat tersebut telah diajarkan oleh malaikat Jibril dan peristiwa ini terjadi pada 17 atau 18 Ramadhan tahun ke 13 sebelum hijrah Nabi atau bersamaan tahun masihi 610 dan itulah wahyu pertama diturukan kepada Nabi Muhammad.
Manakala ayat terakhir yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah pada 9 Zulhijah (Hari Arafah) tahun ke 10 sesudah Hijrah iaitu pada surah(( Al –Maidah:3) yang maksudnya seperti berikut;-
“ Hari ini telah aku (Allah) sempurnakan agama kamu bagi mu dan aku cukupkan nikmat ku ke atas mu, dan aku reda agama islam itu agama mu.”
Kembali kepada persoalan asal iaitu Al Quran; padanya banyak pertanyaan boleh diajukan untuk kupasan, seperti Sejarahnya, Isi kandungannya, Kelebihan kelebihan yang ada padanya, Bagaimana cara ia diturunkan dan dikumpulkan, sebab ia diturunkan secara berpringkat dan tempat tempat ianya diturunkan,bagaimana mempelajarinya,hukum hukum mentafsirkan Al Quran dan mentakwilkanya.
Surahtul Baqarah (sapi betina), surah ini diturunkan di Madinah sebanyak 286 ayat, bermula dengan ayat 1 : Alif lam mim. Dan ayat 2 pula berbunyi; ZALIKAL KITABU LA RAIBA FIH (I),HUDAN LIL MUTTAQIN. Terjemahannya;-
Kitab Al Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya (sebagai) petunjuk bagi orang yang taqwa. Jika di perhalusi perkataan zalika (itu/ini).
Al kitabu – kitab,  la – Tidak/tiada, Raiba – keraguan, fihi – di dalamnya, hudan – petunjuk, lilmuttaqin – bagi orang taqwa.
Insan yang ingin bertaqwa, mestilah menjadikan Al Quran  sebagai pedoman, dan Al Quran di dalamnya terkandung segala perintah suruhan dan larangan,maka itu kepada orang yang bertaqwa tidak saja menghalusi dan mengamalkan perintah suruhan dan larangan itu, malah ia adalah suatu jawapan dari pertanggunjawaban selepas hidup di dunia. Seluruh perbuatan dan tingkah laku Insan akan di hisab atau di perhitungkan, maka itu lah jawapannya kepada orang yang bertaqwa yang takut kepada siksaan dari Allah dan azab api neraka yang sangat pedih.
Pada Al Quran banyak menyebut tentang taqwa seperti Juz(2: 197)(2:237)(5:2)(5:8),(7:26),(9:108),(9:109),(19:85),(3:102),(2:2),(2:41),(2:66),(2:103),(2:177(2:180),(2:194),(2:212),(2:224),(3:76),(3:115),(3:120).(3:133),(3:138), (3:172),(3:186),(3:198),(4:77),(5:46),(5:65),(5:93),(6:32),(6:51),(6:69),(7:35),
(7:96),(7:128),(7:156),(7:171), (7:201),(8:34),(9:4), (9:7),(9:123),(10:6),(10:63),
(11:49), (12:57),(12:90).(12:109), (13:35),
Pada surah( Ali-imran 102), maksudnya “Hai orang yang beriman, bertaqwalah pada Allah dengan sesungguh arti taqwa”.
Pada surah (Attaghabun 26),maksudnya “ Bertaqwalah kepada Allah sekuat tenaga mu “.
Pada surah(Al Azab 70),maksudnya “ Hai orang orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata kata yang lurus dan tepat.
Pada surah (Atnthalaq 2-3),maksudnya “ dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah akan member kepadanya jalan keluar dari segala kesulitan, dan diberinya rezki dari arah yang tidak diduga. “
Pada surah (Al-anfal 29), maksudnya “ Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah member kepada mu pengertian untuk membezakan antara baik dengan yang buruk, dan menutupi kesalahan kesalahan mu dan mengampunkan dosa dosa mu dan Allah maha besar kaurnianya “
Jika kita merujuk (Bukhari,muslim) Hadits Abu Hurairah r.a. berkata; Rasulullah s.a.w. di Tanya:
Siapakah manusia yang termulia ? Jawab Nabi S.a.w.: Yang lebih bertaqwa. Berkata si penanya: Bukan tentang itu kami tanyakan, Jawab Nabi s.a.w.:Maka Yusof putera Nabi Yakub,puterna nabi Ishaq,putera Nabi Ibrahim a.s. Bukan itu yang kami tanyakan. Bersabda Nabi s.a.w.: Tentang turunan bangsa Arab yang kau tanyakan ? Yang baik di masa jahiliyah dan buruk dalam masa Islam,apabila mereka mengertai benar benar syari’at Islam. (Buhari Muislim)

Pada hadits (Muslim) : Abu Said Alkhudry berkata: Besabda Nabi s.a.w. :“Sesungguhnya dunia ini sangat manis dan indah(Menarik dan perhatian) dan Allah menyerahkan kepada kamu untuk di lihat bagaimana kamu berbuat. Kerana itu berhati hatilah dalam dunia dan berhati hatilah dari wanita, sesungguhnya pertama Fitnah (ujian) Bani Isra’il terjadi wanita “.
 Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata : Biasanya Nabi S.a.w. berdoa:Allahumma inii as aluka hudaa wattuqaa wal afaafa walghinaa, maksudnya (Ya Allah saya mohon kepada mu hidayat, jiwa bertaqwa, kesopanan dan kekayaan). (Muslim). Sesungguhnya doa ini singkat tetapi meliputi segala kepentingan hidup. Hidayah adalah meliputi segala jalan ikthiar sehingga selamat dari kesesatan.
Taqwa adalah berwaspada dan berhati hati secara teliti, kesopanan pula adalah menjaga kehormatan diri sehingga tidak terjerumus kepada hal yang bersifat maksiat dan larangan, dan kekayaan pula adalah meliputi kekayaan hati dan harta benda.
Al Quran (2:197) Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik baik bekal adalah taqwa..Pada(2:237)- ..dan permaafan kamu itu lebih dekat kepada taqwa.
Pada(2:241) Kepada wanita wanita yang diceraikan( hendaklah diberikan oleh suaminya) mutaah menurut yang maaruf,sebagai suatu kewajipan bagi orang orang yang taqwa.
Pada(5:2) dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa.
Pada(5;8) Berlaku adillah,kerana adil itu dekat kepada taqwa.
Pada(7:26) dan pakaian taqwa itu paling baik.
Pada(9:108) Sesungguhnya masjid didirikan atas dasar taqwa.
Pada (19:85)Ingatlah hari ketika kami mengumpulkan orang orang yang taqwa kepada Tuhan yang maha pemurah.[2]

Tafsir Jalalain menyebutkan Pada surah Al Baqrah;
Alif lam mim, maksudnya Allah yang lebih mengetahui akan maksudnya dan pada ayat yang ke dua bermaksud “ Kitab ini yakni yang di baca oleh Muhammad tidak ada keraguan atau kebimbangan padanya, bahawa ia benar benar dari Allah s.w.t. Kalimat negetif menjadi  predikat dari subjek “ KItab ini “. Dan kata kata isyarat “ ini “. Di pakai sebagai penghormatan – menjadi petunjuk sebagai predikat ke dua, artinya menjadi penuntun-petunjuk, bagi orang orang yang bertaqwa, maksudnya orang orang yang mengusahakan diri mereka supaya mejadi bertaqwa dengan jalan mengikut perintah dan menjauhi larangan demi menjaga diri dari api neraka.[3]
Maka jika kita kembali melihat,merenung dan meneliti di sekeliling kita,termasuklah kepada diri kita apakah sudah mencapai ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t. Maka apabila kita pandukan maksud ayat 2 surah Al baqrah ini mendorng kita untuk mendekati,membaca,memahami dan beramal sepertimana panduan yang tertera di dalam Al Quran.
Mari kita letakan kedudukan kita di dalam mempelajari Al Quran menerusi maksud maksudnya dan beramal terhadap apa yang telah di perintahkan oleh Allah, samada perintah yang bersifat suruhan, maupun perintah larangan. Untuk memahami maksud ini, sesungguhnya Allah jualah yang memberi hidayah kepada insan yang dipilihnya, mudah mudahan kita tergolongan dari insan pilihan Allah untuk terus memberikan hidayah,petunjuk,bimbingan, yang di pancarkan di dalam cahaya hati insan itu. Insyallah moga Allah memberikan kebaikan kepada niat suci setiap mereka yang berusaha untuk bertaqwa.
Kini marilah kita membersihkan hati kita ini dengan banyak beristifar,memohon keampuan kepada Allah, semoga segala setiap kesilapan kita itu dapat di perbaikan dari hari ke hari, dan seterusnya hati kita ini menjadi bercahaya,terang dan mendapat terus perlindungan dan kelebihan yang di berikan oleh Allah . Maka itu maril;ah kita menyusut terlebih dahulu dari perbuatan perbuatan yang kita sadari maupun yang tidak kita sadari moga Allah memaafkan kita, dan marilah kita berdoa.

Bismillaahir Rahmaanir Rahim
Dengan Menyebut Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
“ Allahhumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa’ alaa aalihii washahbihii bismilaahin nuuri nuurun ‘ alaa nuur, alhamdulillaahhilladzii  Khalaqan nuura wa anzalat tauraata ‘ alaa jabalith thuuri fii kitabim masthuur, alhamd- dulilaahhil ladzii bil ghanaa-i madzkuuruw wabil ‘izzati wal jallaali masyhuuruw wa’ alas sarraa – i wadh dharra – i masykurr. Walhamdulillaahil ladzii khalaqas samaawaati wal arda waja’ alazh zhulumaati wan nuur, tsummal ladziina kafaruu birabbihim ya’ diluun.
Maknanya;-
Ya Allah, limpahkan salawat (rahmat ) kepada junjungan kami Muhammad, juga kepada keluarga dan segenap sahabatnya. Dengan menyebut nama Allah sebagai sumber cahaya yang cahayanya di atas segala cahaya. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan cahaya dan menurunkan kitab taurat di atas bukit thuur dalam kita yang tertulis. Segala puji bagi Allah yang kekayaanya selalu disebut sebut, dan keagungannya serta kemuliaannya terkenal, dalam keadaan suka dan duka selalui di syukuri. Dan segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang, namun orang orang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.
Kaaf haa yaa’ aiin shad, haa miim ‘ aiin siin qaaf, iyyaaka na’ budu waiyyaaka nasta’iin, ya hayyu yaa qayyum, allaahu lathiifum bi’ibaadihii yarzuqu may yasyaa- u wahuwal qawiyyul azzizu yaa kaafiya kulli syai-in ikfinii washrif ‘ annii kulla syai-im biyaddikal khairu innaka ‘alaa kulli syai- in qadiir.
Maknanya; Kaaf haa yaa’ aiin shad, haa miim ‘ aiin siin qaaf, hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan, wahai yang maha hidup, wahai yang terus menerus mengurus makhluknya, Allah maha lembut terhadap hamba hambannya; Dia member rezki kepada siapa yang dikehendakinya dan dialah yang maha kuat lagi maha perkasa. Wahai yang mencukupi segala sesuatu, berikan lah kecukupan kepada ku dan hindarkanlah aku dari segala sesuatu yang mudarat, di tangan kekuasaan  mu lah kebaikan itu, sesungguhnya engkau maha kuasa atas segala sesuatu.

Allaahumma yaa katsiiran nawaali wayaa daaimal wishaali wayaa hasanal fi’aali wayaa raaziqal ibaadi alaa kulli haal, wayaa badii am billa mitsaal, wayaa baaqin bilaa zawaal, najjina minal kufri wadh dhalaal, bihaqqi laa ilaaha illallaahu muhammadur rasuulullahi shallallaahu ‘alaihi wasalam.
Ya Allah, wahai yang banyak pemberiannya, yang kekal hubungannya, wahai yang baik perbuatannya, wahai pemberi rezki semua hamba dalam segala keadaan, wahai yang menciptakan tanpa contoh, dan wahai yang kekal  lagi tidak lenyap, selamatkanlah kami dari kekafiran dan kesesatan dengan kebenaran kalimat tiada Tuhan yang berhak di sembah selain Allah, dan Muhammad s.a.w. adalah utusan Allah.
Allahhumma in dakhalasy syakku fii iimaanii bika walam a’ lam bihii au alimtu tubtu anhu wa-asalamtu wa-aquulu laa illaaha illallaahu muhammadur rasuulullahi shallallaahu alaihi wasallam.
Ya Allah, jika keraguan kepada mu memasuki imanku, sedangkan aku tidak mengetahuinya atau mengetahuinya, aku bertobat darinya dan berserah diri serta mengatakan tiada Tuhan yang berhak di sembah selain Allah dan Muhammad s.a.w. adalah utusan Allah.
Semoga dengan doa ini,[4] bertambah taqwalah diri kita kepada Allah s.w.t. dan meningkatlah kasih sayang kita kepada junjungan Nabi besar Muhammad s.a.w.
Insan yang bertaqwa sentiasa takut kepada Allah, oleh sebab itu segala perbuatan, tingkah lakunya secara zahir dan batinnya akan sentiasa di perhatikan, dan seolahnya menjadi pengesan kepada sesuatu yang sebelum di lakukan maupun selepas apa apa perbuatan itu di laksanakan. Ini maknanya memang benar apabila di sebut nama Allah akan menjadi gementarlah mereka.
Bagi mencapai proses taqwa itu, perlulah sesaorang itu memiliki Ilmu dan banyak pembacaannya, sebagaimana dikatakan Al Quran itu menjadi petunjuk dan di sana tertuang banyak Ilmu dan pembacaan itu pula mempunyai maksud yang sangat luas dan jauh pandangannya, Bagi orang yang taqwa, petunjuk yang di peroleh akan di laksanakan didalam seluruh kehidupannya, dengan rasa penuh taat dan keikhlasan. Apa pun yang insan laksanakan di dalam kehidupan mereka mestilah di dahulukan dengan niat, maka niat untuk menjadi insan yang bertaqwa itu adalah bersebab, dan sebabnya adalah iman dan keyakinan serta percayanya insan kepada Allah dan Rasulnya. Perbuatan Iman dan taqwa ini di iringi dengan keikhlasan, manakala mengenai ke ikhlasan ini di sabdakan oleh Rasulullah sebagaimana artinya berikut;
“ Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu dan tidak pula kepada harta benda kamu, tetapi dia hanya melihat kepada hati dan amal kamu “.
Rasullullah juga pernah menyebutkan;
“ Manusia itu seluruhnya akan binasa, kecuali mereka yang beriman. Mereka yang beriman itu seluruhnya akan binasa, kecuali orang yang beramal, dan mereka yang beramal seluruhnya akan binasa, kecuali mereka yang ikhlas.”.
Insan yang Ikhlas ini dapat di golongkan kepada 3 golongan iaitu golongan Abidin,Muhibbin dan Arifin. Golongan Abid adalah mereka yang kerjanya hanya beribadah dan beramal hanya kepada Allah semata mata agar amalnya itu dib alas oleh Allah dengan pahala syurga dan dihendarkan dari seksa api neraka. Golongan Mhibbin mereka beramala semata mata kerana kecintaan kepada Allah dan bukan untuk mendapatkan Pahala atau supaya dihindarkan dari seksa api neraka, manakala golongan arifin adalah ahli makrifat berpendapat jika mereka beramal, maka yang mendorong dan menggerakkan amalnya adalah Allah, mereka sama sekali tidak mempunyai daya dan kekuatan sedikit[pun untuk melakukan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah.[5]

Maka sangat jauhlah makna perjalanan kepada orang yang ikhlas,lagi bertaqwa, perjalanan hidup yang meresap secara keseluruhan untuk menyerahkan diri insan kepada sang pencipta , manakala sang pencipta itu pula maha mengetahui  terhadap  maksud di sebalik apa yang ada dan apa yang tiada. Dunia hanya lah pentas ujian semata mata. Allah menguji orang orang beriman dalam pelbagai bentuk ujian, justru itu bagi meletakan diri sebagai sesorang yang di sebut beriman ,sudah semestinya memiliki unsur taqwa dan taqwa itu juga memiliki arah ketetapannya, manaka ketetapan dan petunjuk ini terkandung di dalam Al Quran.
Sebagaimana sebelum ini diperkatakan untuk menjadi orang yang bertakwa dan beriman itu sememangnya harus mendapat hidayah dari Allah s.w.t. dan seterusnya melalui pencari ilmu dan pemahamannya.
Al Quran adalah Wahyu dari Allah s.w.t. dan dia lah yang maha pencipta, sebagai Insan yang diciptakan oleh penciptanya, maka insan itu hendaklah mengenal penciptanya, salah satu asas untuk mengenal sang Pencipta itu, maka Insan tersebut harus lah mengenal dirinya dan mengenal apa yang disebut ASMA’ AL –HUSNA.
Allah mempunyai asma’ al – husna, maka bermohonlah kepadanya dengan menyebut asma ‘al husna itu..(7:180). Hadits riwayat Bukhari menyebutkan : Allah yang Maha Tinggi mempunyai 99 nama dan sesiapa yang mempelajarinya akan masuk syurga.
Manakala di dalam Al Quran Allah berfirman; Katakanlah, Serulah Allah atau serulah yang maha pemurah, Dengan nama apapun engkau memangilnya, Dia memiliki nama nama yang paling indah.(Bani Israil:110).
Pada ayat 23 surah Al Hashr Allah berfirman: Dialah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah ) selain dia, Raja yang maha suci, Yang Maha sejahtera, Yang mengurnaikan keamanan, Yang maha memelihara, yang maha perkasa, yang maha kuasa, yang memiliki segala keagungan, maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Bagi orang yang bertaqwa pastinya berusaha menghafal dan memahmi maksud mengenal Allah dan nama nama Allah. Menyebut nama nama Allah ini mempunyai menafaat yang sangat besar, malah menjadi zikir yang paling baik, mebaca Asmaul husna adalah zikir yang terbaik,insyallah apa pun yang kita hajatkan dari bacaaan yang kita amalkan itu akan dimakbulkan, jika Allah mengkhendakinya.[6]
Insan yang di katakan bertaqwa adalah insan yang takut kepada Allah, dan mereka percaya kepada kewujudan kegaiban, juga seperti terkandung kepada rukun Iman dan rukun Islam. Atas landasan itu ayat 2 surah Al Baqrah ini hendaklah di lihat secara holistic, dalam pandangan yang sangat luas. Insan yang bertaqwa itu adalah juga insan yang sangat mencintai  penciptanya, sebab itulah insan tersebut hendaklah mengenali nama nama keagungan Allah s.w.t.
Sepekara yang sangat penting pada ayat 2; surah Al Baqarah ini adalah mengenai Al Quran yang tiada keraguan tentangnya. Banyak bukti yang menunjukan secara jelas Al Quran tidak perlu di ragukan, kesahahihnya adalah tepat,tidak boleh ditandingi, dan banyak perisitiwa yang di huraikan mempunyai latarbelakang yang sangat mendalam dan bersar menafaatnya kepada seluruh kehidupan Insan.
Insan yang bertaqwa adalah insan yang tidak ragu kepada Al Quran, yang di turunkan oleh Allah s.w.t. menerusi perintahnya kepada Jibril untuk di sampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan Insan yang bertaqwa ini sentiasa menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, sebagimana yang menjadi tanggungawab yang telah di jelaskan di dalam Al Quran. Hal ini seperti firman Allah s.w.t pada surah Ali-Imran :104 menyebutkan;
“ Harus ada dari kamu segolongan (orang-orang) yang mengajak kepada kebaikan,menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar dan merekalah orang yang untung berbahagia.”
Di dalam kehidupan ini, insan terdedah dengan pelbagai cabaran dan dugaan, cabaran dan dugaan itu adalah ujian dan untuk melepasi ujian ini mestilah mempersipakan diri dengan ilmu, manakala Al Quran pula merupakan sumber ilmu untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.



Pada ayat ketiga surah Al Baqarah menyebutkan;
Iaitu orang orang yang beriman kepada yang ghaib, dan orang orang yang mengerjakan sembayang, dan orang orang yang membelanjakan sebahagian rezikinya yang kami berikan kepadanya.
Maknanya Insan yang menjadikan Al Quran sebagai pedoman mereka tanpa ragu ragu, mereka adalah orang yang bertaqwa dan berusaha untuk bertaqwa dan mereka juga adalah orang yang beriman; iman kepada yang gaib,mendirikan solat dan menunaikan zakat dan bersedekah.
Pengertian Iman adalah yakin dan percaya dengan sesungguhnya, tanpa sebarang keraguan.Maka itu insan yang beriman adalah membenarkan kepada ghaib,iaitu yang tidak kelihatan oleh mereka, yang gaib itu termasuklah seperti percaya adanya Allah, Hari kiamat, malaikat, syurga dan neraka, alam kubur, Pada Al Quran juga membicarakan yang Gaib  seperti firman Allah (3:44),maksudnya “ Yang demikian itu adalah sebahagian dari berita berita gaib Yang kami wahyukan kepada kamu (Muhammad).
“ Sesungguhnya engkaulah yang mengetahui perkara perkara yang ghaib”.(5:109). “
“ Dia mengetahui yang Ghaib dan yang Nampak “. (6:73).
Sebelum ini telah, kita bicarakan orang yang taqwa cinta kepada tuhannya,Cinta kepada Allah dan ingin mengenal Allah, maka itu seorang yang taqwa mestilah mengetahui nama nama Allah yang di sebut 99 nama tersebut dan tentulah pertautan kegaiban dan nama nama tersebut banyak sekali maksud yang terkandung di dalamnya.
Nama Allah iaitu tidak ada yang lain melainkan dia.Ia adalah Asma ul husna yang pertama iaitu Bismillah hir rahman nir rahim. Asma’2 di sebut Ar Rahman iaitu yang maha pemurah, Dia memberikan segala sesuatu kepada makhluknya.
Asma’ 3 di sebut Ar Rahim yang maha pengasih lagi maha penyayang, dengan maha kasih dan sayangnya itu nikmat yang diberikan tidak terhitung banyaknya.
Asma’ 4 di sebut Al Malik, dia adalah Raja dari segala Raja Segala Kerajaan adalah miliknya. Tiada raja yang dapat menandingi kerajaan nya, sebab di adalah pemilik kerajaan dan dia adalah puncak kerajaan.
Asma’ 5 di sebut Al Quddus yang maha suci, ketulian kesucian itu hanya ada pada Allah, maka manusia yang hendak mendekatkan diri kepada tuhannya mestilah bersih dari pelbagai perangai buruk dan tabiat yang kotor. Mereka mestilah membersihkan hati mereka dan menyebut nama nama Allah dalam keadaan yang suci,kerana Allah itu maha suci.(AlQuddus).
Asma’ 6 di sebut As Salam yang maha penyelamat aman dan sejahtera. Kita memohon kesejahteraan kepada Allah, dialah yang maha menyembuhkan dan menyelamatkan.Orang yang bertaqwa sememangnya cinta kepada kesejahteraan dan keamanan. Al Quran telah menerangkan mengenai nikmat yang Allah berikan kepada ummat manusia, termasuklah nikmat keselamatan, maka itu Allah lah yang maha  penyelamat kepada hambanya.
Asma’ 7 di sebut AL- Mu’ Min bermakna Maha pengaman, Allah lah yang melindungi hambanya dari pelbagai ancaman, Allah lah yang melindungi hambanyanya,harta benda hambanya dan segala isi kandung ciptaanya itu.Maka itu insan yang bertaqwa memohon keamanan kepada Allah dan memohon perlindungan darinya.
Asma ‘ 8 di sebut Al Muhaimin iaitu maha pelindung dan penjaga, dia mengambil perhatian dan menjaga dan mentadbir segala sesuatu.
Asma ‘ 9 di sebut Al ‘A ziz yang bermaksud maha mulia/perkasa, kemuliaan dan keperkasaannya itu cukup bagi Allah hsnya dengan menyebutkan kun faya kun, maka jadi , jadilah ia.


[1] .Tafsir Al Quran-Juz 1; Hlm 17. Ahmad Sonhadji Mohammad, Pustaka Salam 1997.
[2] Index Al Quran 437- Hj MUstakim Pustaka Jiwa Kuala Lumpur,1999.


[3] Tafsir Jalalain;Asbaabub nuzuul;Imam Jalaluddin Al Mahali Sinar baru,Bandung.1996.
[4] Terjemah Majmu’ Syarief Doa – doa dan Fadhilahnya ;Penerjemah Prof .Drs.KH Masdar Helmy,Pustaka Media Utama Bandung,2002..


[5] KHIFIYAT mempertajam mata hati dalam mengenal Allah;Hlm 272,;Syaikh Ibnu’ Athaillah Al Sukandari,
Thinkers  Library ,sedang Selangor.2009.





[6] Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah; disusun Hassan Mia;Darul Nu’Man Kuala Lumpur Hlm :4.;2001.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan