Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Johor, dimaklumkan mengenai sebuah kisah keluarga miskin yang merasa diri mereka terhempap dengan kesusuahan hidup.Perkara ini di maklumkan oleh Persatuan Saudara baru di batu Pahat, di mana ada di antara ahli mereka yang menghadapi kesukaran di dalam menempuh hidup apabila Bapa mereka terlibat di dalam kemalangan dan menjadi lumpuh. Parti KITA telah berjumpa dengan pegawai yang berkaitan untuk mengesahkan perkara tersebut dan di dapati perkara ini benar, dan kami telah bermusyuarat bagi memberikan kemampuan untuk membantu golongan yang terbabit.Pengerusi Parti Kita akan berkunjung dalam waktu terdekat terhadap mangsa kemalangan tersebut.Ujar zaid lagi pihak Parti Kita pada bulan lepas telah menyerahkan bantuan kepada golongan ini di seketeriat Parti kita di Kampong Istana dan seramai 20 orang telah diberikan bantuan yang sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan