Khamis, 10 November 2011

BELIA DAN MAHASIWA BOLEH BANGKIT MENEGAKKAN KEBENARAN

Batu Pahat, Pengerusi Parti KITA Drs Mohd Zaid Bin Mohd Yusof, telah mengadakan perjumpaan dengan Belia Kg istana dan Belia Kawasan DUN Senggarang di Kawasan Parlimen Batu Pahat. Beliau juga berjumpa dengan Mahasiswa secara pribadi dan mengemukakkan golongan ini boleh memainkan peranan untuk menegakkan kebenaran yang kian longgar. Masalah Belia masa kini katanya adalah jika tidak dipantau sebaiknya akan hanya dijadikan alat kepada golongan tertentu, biarlah Belia dan mahasiwa bebas melihat dan berfikir untuk menentukan masa depan negara. Mereka adalah harta negara dan mereka ini bakal memimpin negara suatu hari nanti. Drs Mohd zaid mengatakan Parti KITA akan membawa golongan belia di Parlimen Batu Pahat untuk mendekati rakyat dan melihat gejala apa yang sedang membelenggu rakyat pada hari ini secara realistik, begitulah ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan