Membuatkan saya teringat perisitwa peristiwa penting untuk menyatakan tolok ukur untuk bangsa Melayu harus merubah tanda arasnya.Kenapa sedemikian ? saya sangat percaya sudah terlalu lama orang Melayu menyayangi dan melindungi UMNO, namun kealpaan pemimpin UMNO terhadap golongan pendukungnya menyebabkan UMNO sudah berada ketahaf yang sakit.Mereka sakit dengan material yang dissogokkan oleh pemimpin mereka sejak sekian lama, maka itu ahli UMNO mestilah menerima hakikat bahawa pemimpinnya berada di dalam tahaf beku, yang sedang coba untuk dicairkan disebabkan ulah dan perbuatan sendiri.Tak perlulah kita berlebihan mengata pemimpin UMNO, cukup kita cuma katakan keinsafan untuk balik kepangkal jalan bukanlah bergini caranya dengan mempertentangkan sesuatu masallah, dimana akhirnya isu yang melanda kerajaan dan umno, dan umno serta barisan Nasional adalah ibarat gali lobang tutup lobang. Atas pengalaman ini, keangkuhan yang melampau dari mana mana pihak, juga keangkuhan BN dan UMNO haruslah menyelidik diri dan bertindaklah untuk meluruskan sesuatu keadaan itu dengan cara yang tepat dan betul, di dalam kehidupan ini masa terlambat tidak ada, dan selagi masa berubah boleh dibuat berubahlah secara iklas, bukannya menggunakan taktik menyerang yang digunakkan oleh segolongannya yang lain, sedangkan jika berbuih pun firman tuhan kita bacakan,tetapi tidak diamalkan, apakah makna nya, maka itu apa pun ucapan pemimpin UMNO samada di pringkat kebangsaan maupun di peringkat negeri, mestilah mengintrospeksi di atas penderitaan rakyat yang hakikatgnya pada hari ini menjerit dengan keperitan hidup. Apa pula yang sepatutunya di garap untuk Melayu Johor ? di dalam konteks ini kepimpinan Melayu Johor, semakin bisu dan kedudukan tanah tanah di negeri Johor semakin terancam dalam keadaan Isu yang pelbagai, rakyat Johor jika asasnya tidak di perkokohkan, amanahnya hanya di retorikkan dan pemimpinnya sekadar mengkayakan diri sendiri, maka akibatnya negeri ini akan terbobos seperti pemimpin dan rakyat terpijak di pasir jerlus.Maka yang perlu digarap adalah bukan setakat semangatnyanya, tetapi pemulihan pimpin dan ekonomi negeri,malah jauh dari itu pengukuhan akidah dan nilai murni yang semakin menipis harus di gebukan kembali, agar rakyat mendapat lindungan di negeri dan negaranya sendiri, dan Insaflah.Justru itu Parti KITA akan membawa dan mengangkat Isu penting kepada rakyat negeri ini untuk pengolahan baru di dalam menghadapi PRU ke 13 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan