Khamis, 3 November 2011


KITA FOKUS DI PJ SELATAN.
Pusat Khidmat Masyarakat KITA DI TUBUHKAN.
(Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air)
Kawasan PJS2 Flat Desa Mentari 2 telah di jadikan Pusat Khidmat Masyarakat Parti KITA untuk kawasan Parlimen PJ Selatan, sumber yang dipercayai mengatakan bahawa Dato Zaid Ibrahim sudah bertekad untuk bertanding di kawasan ini, ketika di hubungi Pengarah Perhubungan Pusat  Parti KITA En Aziz Kadir ,beliau mengatakan Pejabat KITA di PJ selatan bertujuan untuk memantau keupayaan Dato Zaid bagi bertanding di kawasan tersebut, dan menurut Aziz Kadir sesungguhnya Dato Zaid Ibrahim memilih kawasan ini sebagai melahirkan idea baru dalam upayanya untuk membentuk masyarakat seimbang antara kaum dan merapatkan jurang perbedaan social-budaya. Beliau juga menjelaskan kedudukan lokasi ini sangat sesuai, di mana Flat Desa mentari 2 menjadi fokusnya semata mata untuk lebih dekat kepada masyarakat setempat. Lokasi Mentari 2 ini di huni oleh lebih kurang 3,000 penduduk dari pelbagai kaum dengan latarbelakang budaya dan sosio-ekonomi yang berbeza.
Menurut En Aziz, kawasan PJ selatan telah di tanda sebagai sebuah kawasan yang memiliki jurang perbezaan ekonomi yang dan memerlukan pendekatan bersepadu bagi menjayakan kehidupan insan yang selayaknya. Adalah penting kawasan ini di diprogramkan mengikut jurus keperluan dengan hasrat membina jambatan perpaduan sesama penduduk dan pembinaan ikatan keselamatan demi menjadikan masyarakat kota sebagai masyarakat mesra dan prihatin sesama mereka. Ketika di hubungi Dato Zaid Ibrahim  menjelaskan kesediaannya untuk bertanding di kawasan ini tersebut dengan mengatakan Parti KITA adalah sebuah parti yang sangat prihatin kepada masyarakat Urban yang di himpit oleh kehidupan yang serba kepelbagaian, adalah penting kita katanya,terus mendekati suara dan kepentingan rakyat. Persoalan yang mendasar katanya lagi adalah kita mesti sanggup mendengar dan bertindak untuk rakyat di samping turut sama memahamkan kepada mereka persoalan Demokrat, Liberal dan  moderat. Katanya lagi jika kita mahu membina rakyat yang Berjaya kita haruslah menjadi mentor kepada kumpulan besar dan kecil di kawasan masing masing, termasuklah di kawasan PJ Selatan, dan katanya lagi kita akan membawa suara rakyat menerusi kehendak mereka dan di catatkan di dalam Manifesto kawasan nantinya, katanya lagi akhirnya menerusi manifesto itu dapat di laksanakan beberapa tindakan dan natijahnya akan membawa perubahaaan kepada masyarakat di atas keinginan mereka, dan ujarnya lagi  “itu lah suara rakyat, dan KITA adalah penyalur kepada suara Rakyat.”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan