Selangkah dan selangkah lagi
terus melangkah
dengan gagah
berserta tabah.
Kesejahteraan Insan menjadi wadah
Tanah Air di junjung tak di sanggah
dan KITA
dalam perjalanan itu masih banyak perlu di rempuh
dan di tempuh
dan melangkah terus melangkah
akan kita temukan
tekad dan gapaian
maka sampailah
di hujungnya
kerana kita terus menghayun langkah
dalam perjuangan tak pernah
bernoktah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan