Apa pun hakikatnya di negara ini terdiri dari pelbagai kaum, apa pun hakikatnya setiap kaum mestilah belajar dari sejarah, dan apapun cengkaman yang terjadi dari aliran politik yang berbeza setiap kaum harus dapat membezakkannya di atas kepentingan negara itu lebih penting dari perpecahan kaum. Kita bukan di ajar untuk bertelagah sesama sendiri, kita di asaskan dari sebuah sejarah yang harmoni, dan kita juga mesti mengekalkan perpaduan kaum, yang hari ini asas kepada politik perkauman mestilah menjadi benting kepada mereka yang berfikiran sempit. Sememangnya jurang ekonomi antara kaum mestilah dirapatkan, agar tidak terjadi ada kaum yang mundur dan ada kaum yang maju, tetapi apa yang paling utama adalah bagaimana kita merakyatkan ekonomi agar ia menjadi pemerataan yang logik di dalam sasarnya, bukanlah di paksakan pembangunan ekonomi dengan menindas sesuatu kaum, manakala dari aspek politik perlu pula ada flexsibelnya, supaya kita terdedah kepada toleransi, liberal dan moderat, serta medukung cita cita demokrat, yang demikian akan lahirlah kematang di dalam berinteraksi sesama kaum,bukankah api perkauman itu sangat bahaya, dan sampai masanya harus di basmi politik kaum yang sempit dan digantikan kepada politik kemalaysiaan yang saling hormat menghormati dan bantu membantu sesama rakyat, tidak kira kaum apa sekalipun. Semoga rakyat dapat memahami isi dari perjuangan yang menjadi hakikat suasana masa kini, yang diacu dan di ilhamkan oleh pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan