Khamis, 12 Januari 2012

PEMIMPIN YANG ROSAK,NEGARA JADI ROSAK.

Sekalipun kita melihat gelora politik tanah air di Malaysia iini seperti caca marba, nantinya pasti ia akan kembali ke tahaf biasa, sesungguhnya menjaga tanah air adalah tanggungjawab semua warga negara Malaysia, samada mereka berjawatan penting atau tiidak, samada mereka kaya atau miskin, samada lelaki atau perempuan, samda ianya dari parti politik pemerintah maupun oposisi. Kesejahteraan tanah air di negara ini adalah berasaskan insan yang berilmu dan rakyat perlulah di berikan pendidikan yang secukupnya. Apapun yang terjadi kini jika rakyat kecil dan pemimpin kecil, pengurus dan pentadbir di pejabat mau pun di kementerian yang menjaga tanah air dengan semangat berkerja yang baik dan bersungguh sungguh, namun menteri dan timnbalan menteri rosak akhlaknya maka negara akan runtuh, keinsafan pimpinan tertinggi adalah penting untuk pastikan negara tidak terabai, pemimpin yang rosak akan menyebabkan negara rosak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan