Rabu, 18 Januari 2012

YAUMIDDIN

Insan ramai terleka, sesungguhnya kehidupan ini akan berdepan dengan yaumiddin iaitu hari pembalasan, di atas amal perbuatan baik dan buruk yang di lakukan, maka itu yang di sebut sebagai yaumulhisab. Jika kita semua sentiasa ingat seluruh perbuatan kita ini akan di hisab, diperhitungkan dan dikira sebagai suatu amalan baik atau buruk, yang pastinya menerima hukum, sudah tentu kita akan memilih yang baik dan terbaik.Semua manusia mahukan jalan yang baik ,di dalam menempuh hidup ini, maka di dalam perjal;anan itu kita akan berdepan dengan banyak ujian dan cobaan ,mampukah kita melepasi ujian tersebut, justru itu apa yang di cari oleh kita semua adalah jalan kebenaran, jalan yang lurus, nilai hidup yang amanah, di atas titipan kehadiran kita ke muka bumi ini. Semoga hal serupa ini dapat direnungkan di dalam perjalan pagi kita hingga ke senja,seterusnya didalam perjalan malam yang penuh dengan kegulitaan itu kita masih mampu melihat dengan terang,walaupun suasana dihadapan kita itu gelap. Lantas kehidupan ini memerlukan mata hati yang tajam, dan berpijaklah kepada kebenaran hakiki, jika kita ingin selamat meniti kehidupan di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan