Rabu, 4 Januari 2012

LIBERALISME DAN AGAMA ITULAH HEMAT SAYA.

Saya merujuk kepada pengeritan Liberalisme, sebelum menghurai suatu tajuk yang di ungkapkan oleh utusan Malaysia Hari ini yang berjudul Bahaya Fahaman Liberalisme -Puralisme. Marilah kita melihat maksud dan arti liberlisme dahulu.
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.[1] Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.
Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,[2] pasaran bebas[2] dan ketelusan sistem pemerintahan.[3] Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.[4]
Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.[5]
Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat[6], yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah."[7]

Maksud saya dengan pengertian di atas, adalah menolak fahaman sempit setengah golongan yang menafikan Liberalisme itu sebagai hak, Islam tidak pernah membezakan manusia, Islam membawa manusia dan insan ketahaf yang sama kecuali Iman dan Taqwa, disitulah sisi Islam menilainya, adakah salah dan bahaya fahaman liberlisme itu di pegang oleh Insan, sedangkan Islam memberikan kebebasan kepada semua ummat mengikut hukum yang termaktub di dalam Al Quran dan hadits, maka itu pembelaan ummat dengan kebebasan bersuara mestilah di hormati dan didengar, kita tidak boleh mengengkang ummat bersuara, kita bebas untuk menyatakan apa yang dikatakan sehingga menelurkan satu solusi yang lebih tepat dan jitu.Di dalam fahaman Liberalisme kita mengikut acuan sendiri dan setiap agama tidak sama, namun setiap agama bebas untuk berkata apa yang mereka katakan, namun kebenaran dan keyakinan tulin kepada anutan kita itu berasaskan kepada apa yang tersirat dan tersurat, dan disitulah keajiban Al Quran di dalam berterus terang untuk mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah, maka ini kebebasan untuk menjelaskan kebenarannya, maka itu Islam adalah islam, manakala islam itu adalah kebebasan yang mengikut hukum, lantas berpeganglah kepada apa yang menjadi nilai iman dengan tidak perlu takut bersuara, Jika kita merasakan agama lain tidak benar, maka Al Quran cukup bukti untuk menyatakan hal itu dan kebenaran harus dihebahkan, dengan lunas tepat dan betul, Liberalisme bukanlah menyamaratkan agama dengan agama, tetapi terfokus kepada kebebasan untuk menegakkan kebenaran, itulah pada hemat saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan