Ahad, 29 Januari 2012

PERJUANGAN SENASIB SEPENANGGUNGAN BAGI ORANG POSITIF. ADAKAH KITA PEMIMPIN WAJA : RENUNGKANLAH DALAM PERJALANAN PERJUANGAN YANG KIAN HARI SEMAKIN MENCABAR.


PERJUANGAN SENASIB SEPENANGGUNGAN BAGI ORANG POSITIF.
ADAKAH KITA PEMIMPIN WAJA : RENUNGKANLAH DALAM PERJALANAN PERJUANGAN YANG KIAN HARI SEMAKIN MENCABAR.
KITA harus berperibadi kuat seperti besi waja; apabila dibakar maka membara, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dalam perjuangan. Seseorang yang berperibadi lemah, umpama timah atau lilin; apabila di bakarakan hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran maka berkecai serta leburlah ianya dan tidak lagi tegak berdiri gagah.
Orang yang negatif melihat kepayahan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat kepayahan adalah peluang peluang keemasan dalam kegawatan, maka ia akan semakin tajam dan cergas.
Tahukah anda hidup  Aristotle Onassis, dia jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek lantas membina satu penghidupan baru dan aktif di tempat ia bermustautin. Usianya ketika itu hanya 17 tahun. Seusai Perang Dunia Ke 2, dunia  stuasi kemelesetan ekonomi yang adalah gawat banyak syarikat bangkrap dan ramai  yang jadi miskin serta papa kedana. Seolah olah sudah tiada harapan untuk Berjaya dan membangun. Lain pula halnya dengan Onassis  yng tidak mahu dirinya gagal dan kecundang. Dia berusaha mengatasi kemelut itu dan dia juga melihat ini merupakan suatu peluang. Dia juga sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah mengenai kelebihan kapal perang,dan kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang,lalu dia pun telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah dan Selepas itu membuat pembaikan dan pemulihanterhadap kapal-kapal tersebut dan akhirny dapat digunakan sebagai kapal dalam berdagang. Itulah nilai Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, sedangkan orang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kepayahan dan kerugian.Maka apa yang ingin saya katakana juga sesungguhnya Seseorang yang positif mengenggam kepada falsafah genggam bara api,biar sampai jadi arang, tetapi bukanlah yang menang jadi abu dan yang kalah jadi arang. Tumpuannya ialah untuk mencapai kejayaan manakala mencapai sasaran yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian dan kesabaran.
Jika kita positif tidak  perlu mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya kita mestilah menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain. Pernah kita dengar nama seorang perjuang terbilang,dia juga pernah menjadi pelbagai mangsa di dalam kacah perang dan politik, edia tabah, walupun dia dikorbankan dengan pelbagai helah,namun dia masih ada dalam layar sejarah dunia.Dia adalah Napoleon.Berubuh kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Dia berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang sepi oleh orang-orang Perancis. Dia bertekad untuk menzahirkan kepada sahabat,rakan dan taulannya yang selalu menidakkan keupayaanya  itu bahawa dia lebih hebat dan waja daripada mereka. Dengn  bersungguh-sungguh dia belajar dari arti ilmu dan pengalaman maka penghujungnya dia telah menjadi Maharaja Perancis  serta menakluki tiga suku Benua Eropah. Pengajaran kepada kita kekurangannya serta celaan dari kawan kawannya  itulah yang membangkitkannya untuk  menjadi panglima terkenal.


Sebenarnya nilai positif tidak mengenepikan segala bentuk ancaman musuhnya misalnya dengan menyalahkan orng lain. Yang penting, adalah dapat mendengar kritikan,kencaman mapun tomahan serta memikirkan betulkah ia salah atau tidak. KITA Perlu  ingat,  apapun orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya dan akibat akibatnya. Terkadang kecaman orang lain, kita boleh memberi petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita sehingga menjadi bertambah baik dan berkesan.
KITA juga pernah tahu dan mendengar Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu bodoh tu tolol. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi, bergitulah kesannya, dan kebaikan yang diperoleh dari kritik tersebut.Ingatllah Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan, atau takut bertarung sebelum gendng perang berbunyi, KITA tidak boleh membenarkan hal ini terjadi pada diri kita dan ini jugalah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda  terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. sebaliknya, rakyat boleh memberi reaksi bertindak balas dan ingatlah Rakyat pulallah yang menjadi pelanggan dan diberi layanan yang cemerlang dengan kegigihan pemimpin dan kewajaannya itu.Ingatlah!Orang yang positif tahu bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja pada masa akan datang. Justru itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk membaiki kehidupannya dan kehidupan rakyatnya. Seorang Ilmuan,Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat menyatakan: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
 Tahukah KITA, sesungguhnya, Orang yang positif tidak suka dengan sikap  berputus asa atau putus harap, atau mengeluh, atau berpasrah saja, atau mengatakan tidak boleh dan tidak boleh dan tidak boleh, gagal,gagal dan gagal ,Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan,bak ibarat mengatakan alam terkembang dijadikan guru. Maka itu, orang-orang yang positif tekanan apa pun yang menyebabkan mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula, bangun lagi dan terus bangun serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar dan besar dan lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kejatuhan dan kegagalannya. Maka itu, janganlah sekali-kali berputus asa, berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif,berusaha,gigih,sabar,dan terus berusaha tanpa jemu dan jelak, tnpa takut dan dayus, tanpa gentr dan gementr,tanpa resah dan gelisah serta sentiasa memohon keredaanNya, tetapi bukanlah menghalakan sebarang cara demi kepentingan diri sendiri, itulah hakikat perjuangan kita yang positif senasib dan sepenanggungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan