Sekiranya kita melihat gaya hidup dan perubahaan zaman masa kini, sudah pasti jauh berbeza dengan masa lalu, keadaan yang berbeza itu boleh di gambarkan dari yang baik menjadi bertambah baik atau dari yang baik menjadi bertambah buruk.Kecenderungan Hidup memang berubah, namun perubahaan itu biarlah membawa kepada suatu makna yang memberikan kesan yang berasas guna kepada rakyat dan negara. Bertitik tolak dari melihat perubahaaan itu, kita akan melihat bagaimana taksubnya pemimpin membongar isu maupun mempertahankan isu yang diangkat samada ianya membawa kebaikan dan keburukan kepada sesuatu isu, lebih malang pengangkatan sesuatu isu sering berlatarbelakangkan perebutan kuasa untuk menyatakan sekumpulan yang berkuasa itu sudah tidak mampu untuk memperbaiki kuasa yang ada, manakala di lain phak menawarkan perkhidmatanya untuk bertindak lebih baik jika kuasa diberikan kepada mereka, padahal jauh dari itu adalah yang penting bagaimana kuasa dikongsi oleh semua pihak dengan kaedah yang tepat,betul dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan apa yang menjadi tujuan membangunkan negara, maka itu semangat membangunkan rakyat dan negara dengan menggunakan kuasa yang betul dan tiada penyelewengan akan membuahkan hasil yang baik,bukan untuk di sanjungi tetapi untuk memenuhi tanggungjawab kearah ketammadunan yang lebih tinggi sebagai insan yang kamil, rakyat dan pemimpin harus diberitahu, bahawa mendapatkan kuasa bukan alat untuk membuat duit diatas kepent inga diri dan kelompok, tetapi ada menabur jasa kepada negara dan melahirkan insan yang insani, melahirkan dunia yang lebih aman,bebas dari kesulitan kehidupan yang mencengkam, bebas dari gejala sosial yang merakus dan meliar, sebab itulah kita mesti melihat, mengapa jenayah belaku dan berkembang,banyak faktornya salah satu dari faktor itu adalah kesempitan hidup, tamak dan haloba serta lazimnya mereka sudah kehilangan nilai murni di dalam kehidupan berperadaban, maka itu akhirnya menunjukkan sikap susila sudah berbuah menjadi sikap biadap, sikap sopan sudah berubah menjadi sikap tidak tahu malu, sikap santun telah berubah menjadi kasar dan gelojoh, maka dengan sikap negetif tersebut sudah kehilangan rasa hormat antara satu dengan lain, bermulalah dengan tuduh menuduh, fitnah menfitnah, baling membaling objek kecil dan mencederakan orang lain dan seterusnya muncullah keganasan, yang akhirnya menakutkan semua orang dan merasa diri tidak selamat. Fungsi memimpin dan pemimpin adalah melahirkan suasana selamat kepada rakyat, dan mengajak rakyat berkerja kuat untuk menambah pendapatan negara, bukanlah fungsi pemimpin memboroskan wang rakyat dan negara, bukankah pentadbir serta pemimpin harus melawan rasuah, tetapi jika mereka sendiri yang mengamalkan rasuah, sudah pasti negara akan cepat runtuh, manakala hak rakyat untuk mendapatkan pembelaan akan terganggu, hilanglah rasa kepercayaan rakyat, tibalah masanya laungan berubah di laungkan, bukan hanya sebab rasuah melata, bukan hanya sebab kezaliman melampau, tetapi sebab kesedaran diri dan meletakkan diri sebagai pemimpin sudah tidak lagi di fahami oleh mereka yang bernama pemimpin, inilah akibatnya jika pemimpin tidak tahun dirinya sebagai pemimpin.Agak congok gambarannya itu, dan tersungkurlah negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan