Sabtu, 21 Januari 2012

SURAT KE 2: YANG PENTING MEMAKMORKAN RAKYAT DAN NEGARA.

Membina negara memerlukan kecekalan, membangun negara perlu kepada pengurusan yang cekap dan di dalam pru ke 13 ini, sejak dari dulu Suruhanjaya pilihanraya menghadapi kritik demi kritik, apakah kerja mereka tak bagus atau hanya golongan tertentu mengkritik semata mata untuk menunjukkan pengurusan di dalam pilihanraya itu lemah, yang jelas tak ada angin kalau pohon tak bergoyang.Apa pun SPR mestilah menerima apa juga kritikan yang membina semata mata tujuannya untuk memperbaiki apa yang di lihat oleh rakyat sebagai suatu kelemahan, lebih lebih lagi jika kelemahan itu di sentuh dengan berbukti.Paling penting SPR harus bebas dan tindak mengikut telunjuk sesiapa, tugas mereka adalah amanah yang diberikan kepada rakyat, jika rakyat sudah tidak percaya pada spr, maka yang jelas negara luar akan melihat pilihanraya di negara ini akan bersifat curang dan ini sangat memalukan. Sebelumnya pada surat untuk pengundi pertama saya katakan kepentingan memilih itu adalah yang tepat dan betul, serta mestilah jangan tersalah pilih, namun begitu rakyat juga perlu curiga untuk mengelakkan sebarang penipuan, kerana disyaki ada golongan yang hendak menang muda dan sanggup menipu. Biarlah kita seperti lelaki yang gagah masuk kegelanggang, jangan mengunakkan apa apa teknikal untuk meraih kemenangan, bersikap jantanlah, bukan sekadar bertanding dengan sikap jantan, tetapi bertanggunjawablah setelah di pilih oleh rakyat. Rakyat sentiasa menilai mengikut sejarah, rakyat melihat pemimpin dengan bersebab, ada pemimpin di berikan kuasa dan bertanding atas tiket parti tertentu, kemudian lompat masuk parti lainsetelah menang dalam pilihanraya, ini juga merupakan penyakit. Jika anda nak lompat parti tentulah bersebab, jika prinsip yang mendahului perjuangan anda lompat lah sebelum pilihanraya,tak payah pakai parti yang anda pikir anda menang, tetapi pakailah prinsip di dalam perjuangan, jika kita tidak senang dengan sesuatu persoalan seperti kita lihat ada kepincangan dan sudah ditegur berulang kali tapi tidak di penuhi dari teguran itu, pastikan kita membuat keputusan yang bijak,bukan lompat setelah ada jawatan sebagai wakil rakyat, ini nampak seperti tidak bermaruah. Maka itu di dalam pilihanraya ke 13, mana mana parti yang bertanding perlu meletakkan calonnya yang mempunyai penderian dan berprinsip, mesti ada jati diri dalam berjuang, bukan kerana kepentingan diri dan semata mata kerana nak menang menjual maruah harga diri dengan serendah rendahnya, ini sangat memualkan, apa pun ia tetap dalam ingatan dan lipatan sejarah kepada mereka yang menyedari adanya makhluk seperti ini. Banyak alasan di buat oleh segelintar orang untuk mengasingkan diri dari parti atau lompat parti, tetapi alasan itu biarlah yang logik, kita tahu ada orang yang terlalu taksub ,itu juga penyakit, mana ada parti yang tidak ada kelemahan, tetapi biarlah berpada untuk menyokong sesuatu dan biarlah mempunyai hala tuju yang jelas dan difahami oleh rakyat, setakat bertanding ,ramai yang boleh bertanding di dalam pilihanraya ini,tetapi paling penting adalah bagaimana memakmorkan rakyat dan negara ini, pilihanraya ke 13 di harap dapat memberikan natijah yang baik kepada rakyat di negara ini, semoga saya menyambung kembali nantinya pada surat ke 3 kepada pengundi pru ke 13 ini, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan