Rabu, 4 Januari 2012

ISU LAPUK !


Kes Campak Kepala Babi di kawasan Masjid, di negeri Johor: Siapa yang melakukannya ?

Seorang kawan mengahantar SMS kepada saya, katanya Masjid di Johor telah di campakkan beberapa kepala Babi di perkarangannya dan katanya lagi ada di adakan perjumpaan dengan pemimpin dari Pusat dan Negeri ini untuk mendengar pandangan mereka terhadap apa yang telah terjadi kini, turut hadir katanya adalah presiden Perkasa dan Zulkifli Nordin dan beberap orang lain yang di anggap pemimpin dan saya turut di ajak sama untuk hadir pada majlis tersebut.
Apa yang hendak saya cakapkan adalah stratige mencapakkan kepala babi dan barang terlarang di kawasan masjid itu saya anggap sebagai provakasi, dan provkasi ini seolah olah hendak melagakan antara kaum, kepada saya kesucian rumah Ibada perlu dan wajib di Jaga, namun mencampakkan barang terlarang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah suatu kesalahan besar, apabila saya melihat dan mendengar berita Ketua Polis Johor memaklumkan tersangka diatas perbuatan tersebut telah pun di tangkap, inilah yang di maklumkan oleh Ketua Polis untuk menjaga kententeraman awam di negeri Johor ini.
Apa pun yang terjadi bukan perkara baru, lama sudah terjadi,dulu di Melaka, diselangor dan macam macam, ada pula gereja di Bakar, masjid di simbah Cat dan macam macam.
Semua perbuatan tersebut adalah tidak bermoral, semua perbuatan itu adalah keji, jika di dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini, apakah motif mereka? Adakah motif itu motif Politik, Motif untuk huru harakan Negara, dan akhirnya pilihanraya ke 13 jadi masallah, ini semua banyak praduga yang boleh diandaikan.

Walau apa pun, saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia, tugas ita adalah menjadikan Negara ini aman, Jika tidak mahu sokong mana mana parti terjemahkan ia di dalam pilihanraya, jika mahu sokong pun ia harus mengambil tanggungjawab untuk turun mengundi, pilhlah yang anda suka sebab Negara kita amalkan demokrasi, bukan buat perkara tidak senonoh dengan baling kepala babi,bakar gereja,rosakkan kemudahan awam dan sebagainya, Negara ini adalah Negara yang bertammadun,bertanggungjawab untuk rakyat, dan dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat, mengapa mesti hendak di ancam keselamatannya. Kenapa mesti membakar perasaan rakyat ?

Perkara pokok dan dasar adalah mari kita bentuk perpaduan kaum,perpaduan di dalam berpolitik dan perbaduan membina Negara ini mejadi disegani oleh Dunia antarabangsa, kita harus membantu rakyat yang susah, kita harus mengurangkan jurang pendapatan yang tinggi, kita mesti memerangi kenaikan harga barang, membentras rasuah, dan membenam dadah yang sedang bermaharajalela. Banyak anak muda telah dipesongkan dengan gejala social dan maksiat yang menjadi jadi,sumbang mahram,sek dan guy yang melampau adalah terand yang harus di hapuskan, jika tidak Negara ini akan hancor, manakala di lain hal rakyat di Negara ini memerlukan pemimpin dan stuasi bersih, meemerlukan pendapatan yang tinggi serta pembelaan kepada kadar pengangguran yang kian meningkat.

Kapatilis dan Politikus rakus mestilah dilenyapkan, mereka hampir menjahanamkan Negara ini dengan kepentingan keuntungan diri mereka semata mata, di lain hal rakyat tersedu sedan dengan penderitaan mereka, sementara itu di Negara ini orang kaya akan terus bertambah kaya dan orang miskin akan terus melarat dan papa kedana. Bermulalah dari sini dengan lubuk hati yang bersih kita perangi gejala negeti di tanah air sendiri, amankankah kesejahteraan Insan, agar insane yang berkembang adalah tulin untuk kepentingan Negara dan seterusnya Negara kita dapat dibanggakan di pentas antarabangsa. Hal ini moral pendidikan juga terguggat dan kualitnya sangat membimbangkan, maka itu dasar pengkuhan pendidikan Negara mestilah di angkat secara Sirius, jangan rungikan rakyat, jangan rugikan anak bangsa, janga rugikan watan ini,kerana mereka semua adalah harta Negara,jangan jadikan mereka sebagai bebanan Negarayang akhirnya terluncur didalam kancah Jenayah, fikir fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan