Mesyuarat Tahunan kali pertama parti KITA Negeri Johor akan di adakan pada 28hb Januari 2012 ini, bertempat di Batu Pahat Johor, Mesyuarat Tahunan yang pertama ini memberi makna yang besar kepada seluaruh anggota Parti KITA di dalam negeri Johor, dan saya selaku Pengerusi Parti KITA negeri Johor yang pertama di dalam sejarah Parti KITA, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang dapat melapangkan masa nantinya hadir pada mesyuarat tersebut, saya percaya mesyuarat tahunan ini tidak saja bermakna kepada perjuangan yang beru bertunas ini, namun jauh lebih besar dari itu ia adalah umpama suatu tapak permulaan kepada parti ini untuk mengerak,menyusun dan merealisasikan perjuangan parti kita. Saya juga ingin menjelaskan sesungguhnya negeri Johor ini adalah negeri yang kaya dengan hasil mashulnya, negeri ini adalah negeri yang berpotensi dan mempunyai dayang saing yang cukup tinggi dengan negara jiran, malah dengan cabaran cabran yang sedia adalah memperlihatkan negeri johor ini telah melalui resam gelisah akibat dari politik UMNO yang sangat guasar kepada kepentingan diri dan kelompok, pemimpin UMNO di sini sudah banyak yang terlupa sejarah tulin perjuangan UMNO, malah mereka sudah lari dari rill sebenarnya, sebab itulah saya melihat kewujudan parti kita ini berusaha mengembalikan perjuangan rakyat untuk hak mereka, setelah sekian lama rakyat di negeri johor ini di perlemahkan dengan permainan politik yang merugikan negeri ini sendiri, kita harus lihat dari kepelbagaian aspek, seperti jika kita melihat pertumbuhan perbandaran baru di daerah daerah di negeri ini, adalah sangat itidak seimbang sekali, malah ekonomi anak watan sangat meletihkan serta pengangguran dan jenayah yang terlalu ketara, ,tidak cukup itu kebanjiran pendatang asing juga memberikan warna baru yang negetif kearah sosial budaya dan ekonomi negara ini, persoalan tanah tanah kerajan yang tidak diawasi secara sempurnan juga telah mengakibatkan bayak kerugian kepada negeri ini, termasuklah mengenai hasilmashulnya yang kian hilang samada di sengajakan maupun tidak disengajakan, saya dan rakan rakan pimpinan parti kita sangat kecewa dengan pimpinan kerajaan negeri Johor ini, bukan saja ketidak upayaanya membina kemajuan negeri ini, malah rakyat dan jurang ekonominya terus melebar, yang kaya terus dengan kekayaannya dan yang miskin terus melambak, penderitaan rakyat tidak diambil peduli, malah yang dipedulikan keroni dan kekayaaan masing masing, GLC negeri Johor sendiri menunjukkan suatu kelembapan yang nyata, malah satu persatu keadaan ekonomi dan sosial anak negeri terguggat, secara terperincinya kita melihat salahurus tadnbir adalah punca dari hal yang merugikan negeri ini, rasuah dan sikap acuh tidak acuh untuk membangun negeri sudah semacam membebal, malahan sangat terasa sekali ketandusan perjuangan ekonomi menyebabkan rakyat negeri terus membungkem, saya percaya suatu ketika negeri Johor ini akan menyerahkan keyakiannya kepada pihak pembangkan, dan oposisi akan akhirnya diberikan amanah untuk memimpin negeri ini, insyallah parti kita dan pihak oposisi yang lain akan berjuang terus bagi menjayakan obor perjuangan kita dan rakyat di negeri ini. Dengan usia setahuan, akan mencapai usahia 10 tahun dan dalam usia yang berlanjutan ini memberikan gambaran parti kita akan terus meniti perjuangannya untuk membela nasih rakyat di negeri ini, dengan menikmati hasil mereka yang sewajarnya, bukanlah nasib rakyat kini di johor telah diperjudikan oleh kerajaan BN, malah kelupusannya akan menyebabkan suatu ledakan baru oleh rakyat Johor, semoga mesyuarat tahunan kali 1 ini, akan menatijahkan perjuangan parti kita ke arah memantapkan Johor menjelang pru ke 13 ini, insyallah kita akan berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan