Surat
Kepada Pengundi PRU Ke 13,
Kepada
Semua Pengundi pada Pru ke 13
Di Malaysia.
Saya memulakan Asalamualakium kepada yang beragama Islam
dan yang tidak beragama Islam semoga anda dalam suasana sejahtera. Kita telah
melalui 12 kali pilihanraya umum di Negara ini, kita semua sudah dapat
merasakan perubahan dan bahang pru yang lepas, dan kini bahang itu semakin
panas pada pru ke 13 ini. Pertama pesan saya kita harus menjalankan
tanggugnjawab kita sebagai pengundi, dan mestilah kita mengundi dengan membuat
pilihan yang tepat dan betul. Suasana pilihanraya pada kali ini, dapat di
rasakan seperti banyak sangkaan, samada ia berjalan dengan bersih atau
sebaliknya, ada mungkin saja boleh dicemari dengan pelbagai inssiden yang tidak
di ingin oleh Negara dan rakyat.
Tentulah jika kita inginkan sesuatu itu berjalan dengan
baik dan bersih, maka kita harus membersihkan segala kekotoran yang boleh
menganggu keharmonian Negara. Belakulah dengan jujur didalam mengurus
pilihanraya akan datang, apa pun cadangan yang
baik tidak akan menjadi baik, jika memang sudah ada niat yang tidak
baik, demi semata mata untuk meraih kemenangan. Saya jadi pelik kenapa sangat
sanggup menghalalkan sebarang cara demi semata mata hendak menang dalam Pru,
jujurlah dengan diri sendiri, parti,rakyat dan Negara, Jujurlah dengan
perjawatan setiap pihak yang dipertanggujawabkan untuk mengurus demokrasi di Negara
ini.
Untuk apalah demokrasi, jika banyak tangan kotor yang
mencemarinya dengan menyalahgunakan keadaan yang sebenarnya, untuk apalah
demokrasi jika masih ada pengundi hantu, untuk apakah kebanggakan kita kepada
demokrasi di Negara ini, jika ada pihak menggunakan orang asing untuk turut
terlibat di dalam pru ke 13,nanti, untuk apa ? sedangkan kita harus bangga
dengan demokrasi di Negara kita yang sememangnya mesti terus didiik untuk menjadi
terus matang, demokrasi di Negara ini sudah tercemar, dengan prilaku politik
yang kolot,rakus dan dayus.
Saya katakana demikian sebab banyak bukit telah
dipertontonkan kepada kita, dan rakyat semakin lemas dengan omongan kosong,
rakyat lemas dengan rasuah terdedah, rakyat
lemas dengan guna kuasa melampau, rakyat lemas dengan suasan kehakiman
yang kian di pertanyakan, rakyat lemas dengan gula gula politik, rakyat lemas
dengan pendidikan yang static dan tidak dinamik, rakyat lemas dengan pelbagai
ketirisan, upaya apakah yang boleh membina Negara ini menjadi bertambah baik,
upaya apakah Negara ini berada di landasan yang betul, tidak lain dan tidak
bukan adalah memperluruskan demokrasi yang sedang dibengkokkan oleh golongan
yang tamak kuasa,marilah di dalam p[ilihanraya ke 13 ini, kita membina
perubahaan untuk menjadi Negara yang lebih berdaulat dan di sanjung tinggi.
Saya akan menyamb ung kembali surat kepada pengundi ini,
untuk surat 2 saya, dimasa akan datang.
Daripada,
Pengerusi Parti KITA
Negeri JOHOR.
Drs, Mohd Zaid Bin Mohd Yusof.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan