Selasa, 3 Januari 2012

MENANDINGI SEMANGAT PENDATANG ASING.

Hari ini saya berjumpa dengan pendatang asing yang legal dari Bangladesh. Hampir 3 jam saya menghabiskan masa dengan mereka dan berbual sambil mencungkil apa yang wujud di dalam hati dan perasaan mereka ketika merantau di Malaysia. Soalan saya pertama, apa sebab mereka memilih Malaysia sebagai distinasinya. Nama pemuda bangla berusia 32 tahun itu adalah amirul, dia memberitahu saya malaysia menjadi pilihannya kerana Malaysia adalah negara yang mudah untuk mencari wang. Jadi puncanya adalah mencari Rezki, lalu saya bertanya apa kah susah mencari rezki di Bangladesh, dia mejawab dengan penuh perhatian, katanya di negara kami ramai orang, ramai yang susah, berniaga pun susah, segalnya banyak yang susah dari yang senang, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin akan terus kedana dan papa melarat.Katanya lagi Bapa saya adalah seorang petani, dan di samping itu modal yang di peroleh dari bertani itu lalu membuka kedai runcit, malah bila kami menjual barangan di kedai runcit,ramai penduduk kampong berhutang, untuk bayar setahun sekali pun susah, malah susahnya untuk membayar hutang itu sampai bergaduh, yang memberi hutang akhirnya tertekan,akibatnya kedi runcit kami terus ditutup, sebab bukan untung yang kami dapat malah rugi yang di alami.Mujurlah Keluarga saya ada beberapa bidang tanah dan ternakan, saya datang kesini menjual tanah dan ternakan serta menghabiskan wang sejumlah RM50,000.00 dan membayar kepada agent yang akan menghantar kami, malang lagi datang Ke malaysia untuk mencari perkerjaan gaji RM600.00 hingga RM1,000.00, tetapi kami terbeban dengan bayaran kepada agent, akibatnya di sini sampai setahun dua duit tak dapat di kumpul, malah ada yang 3 tahun tak dapat hantar wang kepada keluarga di bangladesh. katannya. Jadi kedatangan saya untuk cari rezki dan sebelumnya saya di tindas oleh agent, tetapi saya bersabar,kini kehidupan saya lebih baik sedikit dan saya yakin di malaysia ini boleh banyak mencari wang, dan saya berusaha ka arah ini. Kepada saya mengapkah penduduk tempatan pula merasa sukar untuk mencari rezki, sedangkan orang luar mudah mendapatkkannya, salah siapakah ? tidakkah anak tempatan harus berusaha keras untuk menandingi semangat pendatang asing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan