Khamis, 5 Januari 2012

POLITIK USUNG DAN USANG

Rakyat terlalu di dedahkan mengenai persiapan menjelang pru ke 13, sekaligus kebangkitan dengan banyak isu dan seterusnya negara di gambarkan mengalami ketegangan politik di dalam suasana yang tenang. Namun apa pun yang di lihat sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang sangat parah, isu yang di diangkat adalah suatu isu usang dan di usung isu itu ke sana sini. Apa yang dah jadi, apakah pemimpin politik di negara ini ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang kelang kabut atau huru hara,hanya semata mata untuk melayan selera kuasa mereka.
Kuasa dan selera rakus itu telah membuat fikiran rakyat berkocak dan sekaligus diadu dombakan dengan isu seperti perkauman, isu halal dan haram, isu rumah ibadat yang dikotori dengan tangan tangan hitam, isu rasuah dan penyelewengan kuasa terakhir isu selamatkan anwar iaitu perhimpunan yang akan di buat pada 9 januari 2012 ini. Apa pun isu yang di angkat itu kelihatan usang, sebab dan seharusnya rakyat mestilah di sejahterakan, bukan rakyat diheret kepada konflik dan negra akan menjadi mundur kebelakang.
Keselamatan dan keamanan negara mestilahlah di jaga secaraberterusan, pemimpin yang korup mestilah di tangkap, siasatan hal yang merugikan negara mestilah di kembalikan ke rill yang tepat dan betul, seluruh hal yang merugikan negara mestilah di kembalikan untuk mencapai semula keuntungan kepada rakyat dan negara.
Kemiskinan dan kesusahan rakyat mestilah di atasi, apa yang penting pembaziran yang dilakukan mestilah di hentikan, pelaburan yang membazir mestilah dinyahkan, isu sosial,jenayah dan kecekapan urustadbir negara mestilah diambil kirqa untuk menyelamatkan negara ini, bukanlah dibangkitkan isu usang yang terus di usung kemana mana, akhirnya rakyat dan pemimpin menjadi bingung di atas kebodohan sendiri.Lihatlah di setiap zaman kepimpinan di negara ini, siapa akhirnya yang bertepuk tangan? atau menepuk dulang ke langit dan akhirnya terpercik ke muka sendiri, sangat menyedihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan