Khamis, 19 Januari 2012

TANZIILAL AZIIZIR RAHIM

Maksudnya Al Quran yang diturunkan oleh yang maha perkasa lagi maha penyayang.Dunia akan menjadi aman jika kita tahu makna sayang, Masyarakat akan tenteram jika nilai penyayang menjadi amalan, manakala negara akan maju dan harmoni jika rakyat dan pemimpinya saling sayang menyayang. Apakah yang menyebabkan sikap sayang menyayang ini kian pudar, tidak lain kerana ramai yang tidak tahu sebenar makna sayang, ramai yang terpaut dengan perkara yang berlawanan dari sayang, kalau pun sayang yang dimiliki itu adalah sekedar untuk diri sendiri, untuk kroni maupun untuk keluarga, padahal sikap sayang menyayangi sesama insan adalah penyubur kepada kejayaan, maka itu biarlah sedikit saja amalan sayang itu ada di dalam jiwa insan,tetapi ia perlu diamalkan untuk menyuburkan kesayangannya itu kepada orang lain. Bagilah sayang menyayang dengan orang lain dalam arti kata yang tepat dan menempatkan ditempatnya yang selayaknya. Sekali lagi didalam meneraju kamppong,daerah,negeri dan negara mestilah rasa sayang itu ada di dalam jiwa dan hidup di dalam prilaku setiap insan di negara ini, sesuai dengan sebutan firman Allah  iaitu Tanziilal aziizir rahim, iaitu Al Quran diturunkan oleh maha perkasa dan maha penyayang, marilah kita saling sayang menyayang, sebagaimana tuntutan agama menghalkan kehendaknya supaya kita bersikap sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan