Sempenan mesyuarat Agung tahunan pertama parti kita negeri Johor, sudah berarti Parti KITA ini meniti selama 360 hari dengan pengalaman yang di tempuh, samada yang menyenangkan maupun yang menyukarkan.Bukan lah mudah kepada setiap insan yang mengangkat kebenaran dan hak, kita dihadapkan dengan cobaan dan dugaan, kita di coba dengan pelbagai tanggapan ada yang menyakitkan ada juga yang menyenangkan, bukankah tujuan kita berada di tapak gelanggang ini bukan untuk di puji atau di anggap kita itu hero mapun wira pejuang, tetapi kehadiran kita itu lebih besar maknanya dari anggapan tersebut,melainkan kita sebenarnya ingin membawa perubahaan dari kelompok yang kecil kepada yang sederhana dan seterusnya membesar serta menjadi amalan mulia di dalam kehidupan berpolitik di tanah air ini. Kita mahu rakyat bebas dari dibelenggu oleh pemicikan pemikiran, rakyat bebas bersuara tetapi suara itu adalah suara yang bertammadun dan berperadapan tinggi, suara yang mengikut tata susila yang berteraskan nilai kehidupan insan yang haq. Kita perlu menjaga perasaan pihak lain,namun kita juga sanggup berterus terang untuk menyatakan sesuatu itu benar atau salah menerusi fakta dan ujiannya. Kita tentu di risaukan oleh sebab perangai dan keadaan manusia yang sudah jauh menyimpang dari sikap tolak ansur dan nasehat menasehati, kita melihat kini manusia kian di baluti oleh keegoan yang melampau, sedangkan kesemua diantara kita ingin mencapai sesuatu yang baik secara bersama, bukankah kebaikan dan keuntungan yang di perolehi itu bukan untuk individu, malahan ia mesti diberikan hak itu untuk semua pihak, supaya komuniti menjadi lebih baik dan berkesan, maka itu menjadi pengkriti bukan saja kiriti yang hendak dilontarkan,tetapi biarlah kritik itu ada asasnya dan ada juga jalan keluarnya. Konsisten KITA di dalam mengangkat sesuatu Isu juga sangatlah penting di dalam perjuangan, bukankah halangan dan dugaan kepada kita tidak membuat semangat kita patah, malah semangat kita untuk berjuang dengan isu yang diangkat itu hendkalah terus menjadi kuat. Hari ini di mana mana dada akhbar di negara kita membongkar soal rasuah, malah parti kita merasakan perjuanga untuk membentaras rasuah mestilah diteruskan dan mestilah menjadi fokus utama. Kesan dari rasuah itu mestilah dirasakan oleh rakyat sangat berat. Rakyat mestilah merasakan bahagian dari rasuah itu adalah merugikan diri sendiri dan negara, rakyat mestilah meraskan dengan rasuah mentyebabkan kehidupan negara ini dan rakyatnya akan menghadapi kesusuhan, yang membolehkan negara jadi kucar kacir dan negara boleh musnah, dengan rasuah boleh menyebabkan negara kita akan di pandang hina, maka sebab itulah kini, semacam kita melihat samada perasuah,pemimpin atau rakyat kecil dan besar sudah tidak menyerap lagi makna dan difinisi itu, dan mereka akhirnya menghalalkan cara untuk mencapai tujuan mereka dan nafsu mereka. mereka sangup merasuah kerana kuasa, mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak, kemuda MENCURI DARI WANG YANG BANYAK ITU sebanyak banyaknya dari negara dan rakyat, dan akhirnya, wang yang seharunya menjadi milik rakyat itu telah disalah gunakan, Kita juga melihat banyak kes kes rasuah di negara ini menyepi,mapunada diantaranya diangkat dan berdeepan dengan hukuman, namun lebih banyak lagi menyepi dan prilaku itu terus dan berterusan. Kini Adalah menjadi sebahagian dari agenda parti kiti untuk terus membentras rasuah, dan kita mestilah memeranginya secara berterusan, kerana mereka yang berebut kuasa ala masa kini terdorong dengan coba mengaut keuntungan dengan rasuah di masa akan datang, dan seterusnya terdedah dengan salah tadbir dan salah guna kuasa, inilah masallah yang di hadapi oleh negara kita, maka sepena didalam Mesyuarat agung tahunan parti kita ini, saya menyeru kepada semua pihak mari kita terus mempergiatkan penentangan rasuah yang kian mengancam negara tercinta ini. Salam perjuangan dan salam bertindak dari Pengerusi Parti dan Ahlijawatankuasa Parti KITA cawangan negeri Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan