Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi
menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ia ditubuhkan
melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694). Sejarah usaha pencegahan rasuah secara formal telah dimulakan
oleh sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah. Pada masa yang sama,
siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Criminal Investigation Department
(Special Crime) yang diletakkan di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Manakala itu, pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian
Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Memandangkan usaha-usaha
pembanterasan rasuah tersebut dilaksanakan secara terasing oleh agensi yang
berlainan, Kerajaan telah bersetuju menggabungkannya di bawah satu bumbung
dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pada 29 Ogos 1973, Akta
Biro Siasatan Negara (BSN) telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan
dengan itu BPR ditukar namanya kepada BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk
memberi lebih kuasa kepada BSN yang bukan sahaja terlibat menyiasat
kes-kes rasuah bahkan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara.
Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta.
Nama Jabatan
ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei1982
apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan
dikuatkuasakan. Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan
dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang
dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.
Pada tahun
2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah SPRM ditubuhkan
bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah
serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan
fungsi-fungsi Suruhanjaya. SPRM akan turut disokong oleh mekanisme
check and balance dalam memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan
kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat.
Suruhanjaya ini telah mula beroperasi pada 1 Januari 2009 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2009 di mana kelima-lima mekanisme yang diwujudkan secara perundangan dan pentadbiran juga telah terbentuk secara rasmi. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
* Mulai 1 Januari 2009 jawatan
Ketua Pengarah BPR dikenali sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
|
Ahad, 15 Januari 2012
PERTANGGUNGJAWABAN RASMI MEREKA YANG MEMBENTRAS RASUAH:TOKOH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan