Selepas solat Jumaat tadi, di Masjid Jamik Batu Pahat ada pengumuman yang di buat oleh pegawai Masjid, bunyi pengumuman itu adalah Pihak Polis selepas solat Jumaat akan menyampaikan sedikat ceramah di Masjid untuk memberitahu kepada jemaah masjid mengenai Keselamatan di daerah Batu Pahat. Adapun isi pengumuman itu yang menarik perjatian saya adalah kadar jenayah di Batu Pahat telah dapat di kurangkan, sejumlah 100 kes, ini penguman yang baik, saya terfikir polis pun boleh cermah di masjid, nanti mungkin Jabatan jabatan kerajaan yang baik boleh juga ceramah di masjid, seperti pegawai pendidikan pendidikan boleh cermah dan beritahu pendidikan di batu Pahat sudah lebih baik dari dulu, atau JKR boleh beritahu jalan jalan sudah diturap secara keseluruhan di batu Pahat, manakala Majlis Perbandar boleh umum cukai pintu di turuntkan, atau Hospital pula boleh umumkan jumlah pesakit di Hospital Batu Pahat sudah berkurang, mungkin juga pegawai penjara pun boleh umumkan ramai sudah yang keluar dari penjara kerana berkelakuan baik, atau kementerian penguna umum harga barang barang sudah di turunkan, apa yang saya nak katakan bahawa buat lah pengumumnan seperti biasa, jangan bermusim seperti apabila pilhanraya sudah hampir, apa pun yang diucapkan dengan kehadiran Pru ke 13 ,semuannya nampak macam baik, manakala apa yang tersimpan hal sebenarnya adalah bersarang dengan kelemahan kelemahan yang tersembunyi. Orang baik mungkin tidak akan bercakap dia baik, dan orang jahat pula mungkin tidak akan mengakui kejahatannya, inilah pengajaran yang dapat di petik selepas melihat kejadian tadi siang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan